Bekas peserta Vokal Mania yang juga merupakan pempengaruh, Syafiq Naser telah berkongsi luahan dan penjelasan selepas seorang individu mengkritiknya di media sosial.
Melalui hantaran di Instagram, Syafiq yang dikenali dengan membuat video parodi itu berkongsi screenshot komen daripada seorang lelaki menerusi ruangan komen.
Lelaki tersebut menegur Syafiq dan mendakwa pempengaruh itu semakin lama menjadi semakin lembut tidak seperti sebelum menjadi artis.
Makin lama makin over menjadi-jadi. Dulu sebelum jadi artis nampak keras juga sekarang makin over dik.”
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut berkata perkara berkenaan berlaku disebabkan Syafiq salah memilih kawan dan mudah terpengaruh.
Dia turut membezakan ‘perbezaan’ Syafiq dengan seorang lagi pempengaruh yang mula dikenali kerana pandai meniru suara artis lain, Amsyar Lee.
Katanya, Amsyar kini dilihat semakin macho dan pandai menjaga imejnya apabila semakin dikenali selepas dirinya tular di media sosial.
Syafiq menerusi caption menjelaskan tentang isu tersebut dan berkata dia sebegitu hanya kerana konten namun di dunia realiti dia adalah seorang yang normal.
Content aku kat socmed ni semua aku punya ‘alter ego’. Dalam socmed je aku begitu, diluar aku ‘normal’. Tapi Alhamdulillah, sebenarnya aku bersyukur sbb masih ramai lagi yang sayang aku dan mendoakan kesejahteraan aku.”
Menerusi ruangan komen, ramai memuji Syafiq kerana menerima kritikan dan memandang teguran itu daripada sudut yang positif.
Rata-ratanya turut berpendapat bahawa Syafiq hanya perlu jadi dirinya sendiri selain turut mengakui mereka sering terhibur dengan konten parodi dibuat olehnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.