“Makin Lama Makin Merepek” – Kelas Agama Cecah Harga RM850, Netizen Persoal Neelofa & PU Riz?

Hiburan

“Makin Lama Makin Merepek” – Kelas Agama Cecah Harga RM850, Netizen Persoal Neelofa & PU Riz?

Di media sosial, kecoh perbincangan mengenai sebuah kelas agama berbayar mencecah RM850 yang dianjurkan oleh pasangan popular, PU Riz dan Neelofa.

Program tersebut difahamkan berlangsung di sebuah restoran dalam pusat beli-belah, dengan penyertaan terhad kepada hanya 45 orang peserta.

Advertisement

kelas neelofa mahal

Perbualan bermula apabila seorang pengguna Threads memuat naik hantaran berbunyi:

Dulu kalau kuliah majlis agama, memang percuma atau diberi sumbangan seikhlas hati. Ini siap tapau RM850. Kau rasa ilmu apa sangat dia ajar tu? Memang tak boleh la. Aku boikot.

Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempertikai harga tinggi untuk ilmu agama yang selama ini lazimnya percuma atau disokong penganjur, manakala ada juga yang berpendapat bayaran tersebut mungkin setimpal dengan lokasi eksklusif dan konsep terhad.

kelas neelofa mahal

Namun begitu, hal ini tidak menerima sebarang respon lagi dari pihak Neelofa dan juga PU Riz.

susu pisang neelofa
2025-08-29 10:39:59

“Dah Tak Wujud Ke Susu Pisang Nilofa?” – Netizen Tertanya-Tanya Nasib Produk Milik Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...