“Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang..” – Caprice Enggan Ulas Isu Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine Terdesak Minta Pertolongan

Hiburan

“Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang..” – Caprice Enggan Ulas Isu Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine Terdesak Minta Pertolongan

Nama pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz menjadi tumpuan majoriti rakyat Malaysia sejak pengakuan daripada seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengakui dirinya sebagai kekasih Aliff.

Ramai minta pandangan Caprice

Susulan itu, ramai netizen yang meninggalkan DM di akaun Instagram penyanyi rap dan aktivis iaitu Caprice untuk memintanya pandangan dan ulasan tentang isu tersebut.

Advertisement

Namun begitu, penyanyi ini meluahkan rasa kurang senang dengan permintaan tersebut kerana menganggap ia sebagai satu perkara yang tidak berbaloi untuk diketengahkan.

Tak payah la Cap cerita sampah macam ini. Lebih baik fokus kepada isu yang lebih serius.

 

Makin lama makin banyak bukti-bukti curang kiri kanan akan keluar. Ramai saja karakter-karakter baru muncul minta Cap cover sejak news ni keluar.

ss

Sarah minta tolong Cap

Bukan itu sahaja, melalui hantaran Instagram story Caprice, terlihat kekasih kepada Aliff yang telah mendedahkan hubungan mereka itu juga meminta pertolongan daripada Caprice.

Untuk apa-apa kes korang nak Cap cover, sebelum Cap nak ulas kita akan minta bahan-bahan bukti dulu Baru Cap akan ulas. Orang yang viral tu pun contact kita mintak tolong.

ss

Terdahulu, Sarah Yasmine yang merupakan warganegara Singapura mendedahkan dirinya telah menjalinkan hubungan dengan Aliff sejak Januari 2024. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, wanita ini turut terkejut apabila Aliff masih berhubung rapat dengan aktres Ruhainies.

Aliff
8 months ago

"'I Love You So Much', Saya Masih Tunggu Kat Sini" - Sarah Dedah Ruhainies 'Brain Wash' Aliff, Rancang Jatuhkan Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...