September 9th, 2020

Bertindak berkongsi penampilan terkini dirinya menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram, penyanyi senior Aisyah sudah berjaya menyarungkan pakaian lamanya ketika di zaman 90-an.

aisyah dah muat pakai baju lama

Menurutnya beliau kini dilihat sangat bangga dengan pencapaian itu apabila kini sudah mampu menyarung pakaian yang bersaiz jauh lebih kecil berbanding sebelum dirinya mengalami penurunan berat badan.

“Cuma nak tayang diri saya memakai pakaian saiz UK12. Kali terakhir saya boleh muat saiz 12 adalah pada tahun 1996. Ia benar-benar satu pencapaian buat saya.

Menerusi posting yang dimuat naik di laman tersebut, Aishah mengenakan blaus berwarna kuning yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam.

aisyah dah muat pakai baju lama

Ujar Aisyah, sejak berat badannya semakin menurun, beliau kini dapat merasai perbezaan ketara ketika menyanyi terutamanya apabila menyentuh soal pernafasan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tumpeng gembira dengan pencapaian pelantun lagu Janji Manismu itu yang selama ini berusaha menurunkan berat badannya.

aisyah dah muat pakai baju lama

Sekadar informasi, terdahulu Aisyah mengakui dirinya berjaya menurunkan berat badannya sehingga 21 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan Bariatric sekitar tahun 2018.

Malah, sebelum ini juga, juara Gegar Vaganza musim keempat ini juga khabarnya tidak segan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya pernah menyarungkan baju bersaiz UK 22 akibat masalah berat badannya.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...