Semalam, konsert pertama Big Stage 2023 telah berlangsung menyaksikan 14 bintang BBNU bersaing merebut gelaran juara manakala Aina Abdul dan Ajai pula merupakan dua juri tetap.
Antara yang berentap adalah kumpulan wanita COEX, Putera Muhammad, Firdaus Rahmat, Naufal Azrin dan duo dari Korea Selatan, HoonDoo yang berjaya meraih markah tertinggi pada konsert minggu pertama semalam.
Baru minggu pertama beraksi, penampilan Naufal Azrin yang menyanyikan lagu popularnya, Casablanca mendapat kritikan hebat daripada netizen di media sosial.
Ia kerana penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat memakai rantai selain baju dipakainya itu menampakkan sedikit bulu di bahagian dada.
Menerusi ruangan komen di TikTok, rata-ratanya menyentuh tentang rantai tersebut selain ramai yang bercakap tentang perubahan diri Naufal.
Sebelum ini, dia pernah menyanyikan lagu bergenre nasyid dan mungkin ramai yang tidak tahu tetapi Naufal juga merupakan bekas pelajar tahfiz yang dikagumi kerana menghafaz al Quran.
Dalam pada itu, sesetengah individu berkata perubahan ini merupakan ujian buat Naufal dan ibu bapa selain turut mendoakannya.
Naufal bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk merancang konsep persembahan setiap minggu.
Katanya, pemakaian rantai itu adalah sekadar untuk memenuhi konsep dan hanya dipakai untuk membuat persembahan sahaja.
Gaya itu sekadar untuk pertandingan sahaja. Kalau di luar, saya bukanlah begitu.”
Jelas Naufal lagi, dia tidak membaca komen-komen tentang hal itu di media sosial dan akan menumpukan perhatian untuk persembahan minggu akan datang.