Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti bernama Eyka Farhana dimana namanya sering menjadi bualan orang ramai kerana penampilan ‘seksi’ yang sering dipaparkan di media sosial.
Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi telah memuat naik satu video Reels di Instagram yang membuatkan warganet terkejut melihatnya.
View this post on Instagram
Melalui hantaran video beberapa saat itu, pelakon terbabit dilihat sedang memperagakan pakaian berjenama antarabangsa iaitu Calvin Klein yang juga difahamkan merupakan jenama pakaian dalam.
Sememangnya video terbabit telah raih perhatian orang ramai dan rata-ratanya mencemuh selebriti terbabit kerana ia langsung tidak bersesuai dengannya yang merupakan seorang beragama Islam.
Selain mengecam, netizen turut meluahkan rasa kecewa dan membandingkan dirinya dahulu serta sekarang yang sangat berbeza. Bahkan, semakin hari semakin berlebihan.
Biarpun netizen mengecam, ramai rakan selebriti tidak lupa untuk memuji kecantikan Eyka di dalam video yang dimuat naik itu.
Barangkali sedar dirinya dicemuh ramai pihak, kini ruangan komen video terbabit telah pun ditutup oleh kekasih pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.