Rasanya setiap ibu akan berasa sedih apabila melihat anak tercinta jatuh sakit, lebih-lebih lagi yang baru saja dilahirkan serta yang lebih memeritkan, punca bayi mereka sakit datang dari keluarga terdekat sendiri.
Menurut dari artikel Lobak Merah, memberi madu kepada kanak-kanak sememangnya bagus akan tetapi ianya tidak sesuai untuk diberikan kepada yang dibawah 12 tahun kerana boleh mengancam nyawa mereka.
Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video perkongsian seorang ibu berasa kesal serta sedih terhadap bayinya yang baru saja berumur 34 hari.
Bayi yang baru dilahirkan itu ‘disuap’ dengan susu kambing serta madu oleh suami dan ibu mentua kerana percaya ianya bagus untuk bayi serta kata mentuanya, susu badan si ibu tidak berfungsi dengan baik dan bayi itu dianggap kurang pemakanan sehingga ‘berkedut’ oleh si nenek.
Tambahan lagi, sejak kejadian terbabit, si bapa dan mentua tidak bertanggungjawab atas kemerosotan keadaan kesihatan anaknya yang semakin kurus.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan pemahaman suami serta ibu mentua wanita terbabit sama sekali adalah salah dan menasihati wanita itu untuk lebih tegas bila berkaitan dengan anak-anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.