September 8th, 2020

Biarpun majlis perkahwinannya telah berlalu pergi beberapa hari lepas, namun kehangatan cinta merpati dua sejoli, Mira Filzah dan Wan Emir Astar masih tidak lekang menjadi bualan hangat netizen.

Makin Digilai, Peminat Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Sebagai Wallpaper Handphone

Lebih menarik, selain pandangan romantis Wan Emir kepada Mira Filzah mendapat perhatian khususnya peminat fanatik pelakon berkenaan, namun momen-momen indah yang diabadikan oleh tetamu serta jurufoto turut mencuri tumpuan netizen.

Malah, ada yang tampil menjadikan visual sepanjang tiga majlis indah pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu dalam bentuk ilustrasi yang boleh dijadikan wallpaper telefon pintar.

Makin Digilai, Peminat Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Sebagai Wallpaper Handphone

Bahkan, apabila meninjau beberapa perkongsian di Twitter, wujud juga segelintir pihak yang menyunting foto-foto menarik untuk dijadikan artwork custom-made wallpaper.

Perkara itu khabarnya semakin tular di laman Twitter apabila ramai dalam kalangan pengikut Mira berkongsi foto tersebut di platform berkenaan.

Bagaimanapun, bukan hanya foto Mira dan Wan Emir, malah ada juga yang menjadikan foto Mira bersama ibunya Faizatul Akmar Hisan sebagai sebahagian ilustrasi wallpaper untuk dipilih netizen.

Makin Digilai, Peminat Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Sebagai Wallpaper Handphone

Sekadar informasi, Mira telah sah menjadi isteri kepada Wan Emir dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan gilang-gemilang pada 3 September lalu. Perkahwinan yang menerima jolokan “wedding of the year” itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti serta saudara mara.

Dua majlis resepsi kemudiannya berlangsung pada 4 dan 6 September masing-masing di Le Meridien Putrajaya dan A-Park Puchong.


3 responses to “Makin Digilai, Peminat Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah Sebagai Wallpaper Handphone”

  1. Cici says:

    .dasyat diorg ni yea.. hishhh

  2. anonymous says:

    entah hapa lah korang ni tak de live ke ke… si mira ni overrated je bukan saoer saper pon

  3. Anonymous says:

    halah halah bodohnya lahai. yang kawen tu mira filzah bukan korang. jangan jadik loser sangatlah letak gambar hari istimewa orang lain sebagai wallpaper korang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...