Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada pengasas kosmetik penub sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang kini khabarnya semakin mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan.
Setelah berjaya melangkah ke dunia lakonan, Cik B yang baru sahaja berusia 15 tahun ini difahamkan bakal mengeluarkan sebuah single lagu berjudul “Tolonglah” malam ini di saluran Youtube.
Meninjau ke laman Instagram miliknya, Cik B tampil memuat naik sebuah posting menampilkan teaser video muziknya yang kelihatan sangat menarik dan agak “catchy”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tidak sabar untuk mendengar lagu berkenaan.
Selain menzahirkan ucapan tahniah buah Cik B, ramai juga dikatakan telah bersepakat untuk menyokong Cik B melebarkan sayapnya dapat industri muzik tanah air.