Pelakon dan juga penyanyi kini, Janna Nick sekali lagi mengundang komen-komen netizen apabila dia ada memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk mempromosikan produk kecantikannya iaitu White Fluffy.
Kekasih hati kepada pelakon Dini Schatzmann ini turut memuat naik video yang memaparkan dia sedang berendam dalam tab mandi yang dipenuhi buih itu di Instagram untuk tatapan peminatnya.
Menulis ayat ringkas “Jangan gatal ok” sebagai kapsyen di videonya itu, Janna juga dilihat membiarkan sahaja ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen kecaman dan juga nasihat buat dirinya.
Antara komen yang menarik perhatian adalah ada yang menegur Janna semakin ‘berani’ dan menyuruhnya untuk memakai baju.
Namun ada juga yang mempersoalkan sikap pengguna media sosial yang seolah-olah sengaja memperbesarkan isu tersebut kerana Janna tidak langsung menayangkan tubuh badannya secara penuh.
Malah ada juga memberi komen melampaui batas sehingga mengaitkan pelakon itu dengan penyakit mental yang dihidapinya ketika ini.
Terdahulu, Janna sering menjadi bahan kritikan netizen gara-gara sering memuat naik foto seksi dan juga aksi mesranya bersama kekasih hati, Dini Schatzmann di Instagram.