Penyanyi dan pelakon Erissa Puteri tampil memohon maaf secara terbuka selepas dikecam netizen berikutan penampilannya yang dianggap terlalu seksi baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Erissa mengakui kesilapannya dan menyatakan bahawa dirinya sedang berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Namun begitu, Erissa juga meluahkan bahawa kecaman dan kata-kata kesat yang diterima bukan sahaja menjejaskan emosi, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
Saya akan ambil teguran mereka yang menegur saya secara baik. Doakan sajalah yang terbaik buat saya. Daripada korang tegur macam ini, maki-maki saya, tak akan dapatkan pahala dan tak akan bawa korang ke syurga pun.
Kenapa nak tunggu orang berdoa? Saya tanya korang semula, salah ke berdoa (yang baik-baik untuk saya?)
Erissa turut memaklumkan bahawa dia kini mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial serta mahu lebih fokus terhadap perjalanan hidup dan kerjayanya.
Saya mengaku memang salah dan berdosa pakai macam ini. Tapi kenapa bila saya pakai ‘perfect’, pakai baju lengan panjang dan berseluar panjang, tak ada yang bercakap apa-apa?
Tapi bila buat salah sikit? ‘Wow it’s crazy’. Saya bukan nak mengarah tapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental saya.
Terdahulu, Erissa menerima kritikan netizen apabila tampil dengan pakaian yang mencolok mata dalam satu video TikTok yang tular, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Erissa Puteri mula dikenali selepas menjuarai program realiti Ceria Popstar musim kedua dan kini aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.