“Makeup Tebal, Tak Natural” – Solekan Watie Dibandingkan Dengan Janna Nick, Ini Jawapan MUA Alha Alfa

Hiburan

“Makeup Tebal, Tak Natural” – Solekan Watie Dibandingkan Dengan Janna Nick, Ini Jawapan MUA Alha Alfa

Jurusolek terkenal, Alha Alfa merupakan orang penting di sebalik majlis perkahwinan Shuib dan Watie Hanifiah kerana dia telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi jurusolek pengantin perempuan di hari bahagia mereka.

Alha juga telah memuat naik video momen ketika dia menyolek Watie dan memuat naik rakaman tersebut di TikTok untuk tatapan peminat.

Advertisement

Namun, perkongsian tersebut nampaknya mencuri perhatian netizen yang tampil membandingkan solekan Watie dengan pengantin baru, Janna Nick.

Kata netizen, solekan Watie dilihat terlalu tebal jika dibandingkan dengan Janna yang mendapat sentuhan MUA dari Thailand, Babara Beer.

Tebal mekap dia. Less is more macam Janna aritu.

Memberi respon terhadap kritikan itu, Alha berkata tidak semua orang sesuai dengan ‘make up’ ala Thai sebegitu dan seni solekan itu juga bergantung kepada wajah asli seseorang.

Tak semua orang boleh carry look thai, sebab bergantung pada basic pattern muka juga. kalau memang ada basic rupa rupa siam memang jadi, kalau basic arab ke, camne nak jadi Thai.

Namun begitu, Alha juga dipuji warga maya yang memuji air tangannya di mana dia telah berjaya menaikkan seri wajah Watie di hari perkahwinannya bersama Shuib tempoh hari.

Amylea
1 year ago

Dituduh Simpan Arak Dalam Rumah, Muka Tak Ada Nur, Amylea Azizan Tuntut Permohonan Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...