Majlis persandingan pempengaruh media sosial, Qawiy atau nama sebenarnya Abdul Qawiy Rashit dan isterinya, Ria Farouk berlangsung dengan penuh meriah serta dihadiri ramai tetamu yang turut meraikan hari bahagia pasangan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Qawiy tampil segak mengenakan busana songket berona kuning air, manakala Ria mencuri perhatian warganet dengan penampilannya yang sopan dan anggun.
Ria yang kelihatan ayu dalam busana longgar turut dipuji ramai kerana tidak berlebihan dalam berpenampilan meskipun di hari perkahwinannya.
Penampilannya yang sederhana namun elegan disambut baik oleh netizen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap pemilihan busana sanding Ria yang menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Selain itu, solekan ringkas namun menyerlah turut menjadi pujian ramai yang menyifatkan Ria tampil berseri sebagai seorang pengantin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.