Di bulan yang mulia ini, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah serta melakukan kebaikan kepada orang di sekeliling.
Tidak melepaskan peluang, OPPO Malaysia mengambil masa ini untuk melakukan amal kebaikan menerusi kempen #MakeYourMoment, untuk menyokong rumah anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan dengan pendidikan digital dan barang keperluan.
Beri Inspirasi Buat Masyarakat Malaysia Untuk Terus Beramal, Ikuti Kempen #MakeYourMoment
Kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR), #MakeYourMoment anjuran OPPO Malaysia ini turut disertai oleh Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia UNESCO (MNCU), dan AEON Malaysia tau.
Untuk menyokong kanak-kanak ini, OPPO Malaysia telah menyumbang sebanyak 100 OPPO Pad Neo, berserta barang keperluan dari AEON kepada rumah anak yatim di seluruh negara.
Antara barang keperluan yang dihulurkan adalah seperti alatan penting untuk pembelajaran, kreativiti dan rangkaian.
Dengan pemberian tablet, OPPO Malaysia percaya ia dapat memperkasakan kanak-kanak dengan akses kepada pendidikan dan peluang untuk berkongsi impian mereka kepada seluruh dunia.
Menurut Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin berkata, teknologi mempunyai kuasa untuk mencipta perubahan positif.
Justeru, melalui kempen ini, OPPO menyasarkan untuk menyediakan akses kepada dunia digital supaya mereka dapat mempelajari kemahiran baru, meneroka platform pembelajaran dalam talian, mengekspresikan diri mereka, dan merasa terhubung dengan dunia.
Untuk memberi inspirasi buat rakyat Malaysia, Janna Nick, Dini Schatzmann dan Sharifah Rose turut menyertai sesi sumbangan dan telah menangkap banyak detik-detik menyentuh hati daripada kempen #MakeYourMoment.
Kandungan yang mereka tangkap itu akan dijadikan sebagai pad pelancaran untuk kempen #MakeYourMoment, menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk berkongsi usaha amal mereka di media sosial dan mencipta kesan kebaikan di seluruh negara.
Untuk anda yang ingin memberi dan beramal, OPPO telah sediakan beberapa kotak amal di kedai-kedai OPPO terpilih:
– IOI City Mall
– Seremban Gateway
– Pavilion Kuala Lumpur
– Pavilion Bukit Jalil
– Setia City Mall
– Imago Mall
– Vivacity Megamall
– Batu Pahat Mall
– Sutera Mall
– AEON Bandaraya
– KTCC
– East Coast Mall
– Queensbay Mall
– Aman Central
– Ipoh Parade
Kotak amal ini akan dibuka untuk umum bermula sekarang sehingga 20 April 2025 nanti.
Jadi, tunggu apa lagi, berbaki beberapa hari saja lagi, apa kata kita sama-sama melakukan amal kebaikan dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan bersama OPPO Malaysia.
Nantikan video sorotan kempen #MakeYourMoment akan datang di platform rasmi OPPO.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.