“Makcik Ni Yang Saya Risau..” – Digelar Bodoh Kerana Tutur Bahasa Korea Dengan Anak, Ryzal Durian Kimchi Bidas Semula

Hiburan

“Makcik Ni Yang Saya Risau..” – Digelar Bodoh Kerana Tutur Bahasa Korea Dengan Anak, Ryzal Durian Kimchi Bidas Semula

Tidak senang hati personaliti media sosial bertutur Bahasa Korea bersama anaknya, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi dibidas oleh individu yang melabel dirinya bodoh kerana tidak mempraktikkan bahasa tanah air dengan puterinya.

Tidak berdiam diri, Ryzal tampil membuat kenyataan membalas komen individu tersebut dan dimuat naik di Instagram story baru-baru ini. Katanya, dia menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris dengan anaknya bergantung kepada keadaan.

Advertisement

Dok bakpa yang mu dok cakap melayu dengan anok mu ingat cakap melayu ni komang ke bodoh?

Astagfirullah makcik jaga lah kata-kata. Saya gunakan tiga bahasa bila bertutur dengan anak.

babySumber : Instagram  

Menurut individu tersebut, disangka sebab Ryzal tidak ingin menggunakan Bahasa Melayu dengan anaknya itu kerana takut dianggap tidak ‘moden’. Namun seperti yang ramai tahu, ibu kepada puterinya itu berasal dari Korea jadi wajarlah jika mereka bertutur bahasa tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet juga bersetuju dengan Ryzal yang tidak melupakan bahasa ibunda dan masih mengajar anaknya untuk bertutur dengan Bahasa Melayu walaupun tidak terlalu fasih.

Selain itu,kami kongsikan jug artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ryzal duriankimchi
1 year ago

"Tanda Mak Ayat Solat Di Rumah" - Anak Lancar Sebut 'Allahuakbar', Ryzal DurianKimchi & Isteri Dipuji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...