“Makcik, Makcik Tak Malu Ke Ambil Gula, Krimer Dengan Kayu Pengacau Itu Banyak-banyak?”

Trending

“Makcik, Makcik Tak Malu Ke Ambil Gula, Krimer Dengan Kayu Pengacau Itu Banyak-banyak?”

Perangai ‘mengambil lebih dari sepatutnya’ memang biasa kita dengar dan lihat dalam masyarakat kita. Contohnya seperti satu peristiwa yang diceritakan oleh seorang penguna Facebook bernama Azmira Amran.

paketIKEA
Gambar: etsy.com

Advertisement

Dia menceritakan mmengenai sikap dua orang wanita yang mengambil kesempatan mengambil lebih paket-paket gula dan krimer dari IKEA untuk dibawa balik ke rumah bagi kegunaan peribadi. Jika di Singapura, perangai ini dipanggil dalam masyarakat Cina sebagai ‘kiasu’. Cerita Azmira:

Jadi tadi kami pergilah ke IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru.

Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim jadi kami pun belilah aiskrim. Sedikit terkejut di situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yang ada budaya suka ambil lebih-lebih “sebab dah bayar”, rasa macam bagus jugalah ada token itu.

Tapi masih rasa kecewalah sebab mentaliti itu.

Selepas itu sambil-sambil makan aiskrim, datang dua orang makcik songlap paket-paket gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang saja.

Sekali.

Dua kali.

Pekerja IKEA isi semula lagi paket-paket di situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling-jeling tajam. Jadi dia ambil sepaket saja lagi gula.

Kami pandang saja mereka berdua sambil mereka minum kopi itu. Dua-dua dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip-kelip mata.

Paling tak boleh tahan, makcik-makcik itu suruh ada budak-budak sekolah di situ curikan kayu pengacau kopi itu untuk dia.

Bengang dengan sikap dua individu tersebut, Azmira telah melakukan sesuatu untuk menghentikannya.
DSC05738 (3)
Gambar: jiaaqieats.com

Masa itu saya dah panas. Nak meletup kepala saya tengok budak-budak itu ambil segenggam kayu-kayu pengacau itu.

Maka, Azmira pun buat la seperti apa yang cikgu Azmira selalu buat. Dengan suara cikgu yang kuat ni, saya pun pergi kat meja dia:

“Makcik, makcik tak malu ke ambil gula, krimer dengan kayu pengacau itu banyak-banyak? Makcik ambil ulang-ulang sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!”

Terkujat makcik itu, mula-mua dia jeling tetapi kekal di meja dia. Selepas itu bila ramai dah pandang-pandang, dia terus pergi.

Tapi budak-budak sekolah yang telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau itu.

“Adik, kau jangan nak ambil banyak-banyak untuk makcik itu. Ini nama dia mencuri!”

Budak-budak sekolah itu tersipu-sipu selepas itu terus pergi juga.

Jadi pengajaran di sini: kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain tak apa pula?

Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti.

Itulah secebis kisah menarik yang telah dikongsi oleh Azmira. Sikap pentingkan diri seperti ini masih berleluasa di kalangan masyarakat kita, misalnya mengambil sos berbotol-botol untuk dibawa balik ke rumah apabila makan di premis makanan segera dengan alasan ‘sudah membayar untuk makanan’.

Kalau nak makan sebotol sos, habiskan saja sos sebotol di premis tersebut. Mampu?

Sumber: Azmira Amran disunting untuk diterbitkan di amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...