‘Makcik Blower’ & ‘Makcik Gayong’ Akhirnya Berdamai, Tamatkan Perselisihan Dengan Air Mata & Pelukan

Kehidupan

‘Makcik Blower’ & ‘Makcik Gayong’ Akhirnya Berdamai, Tamatkan Perselisihan Dengan Air Mata & Pelukan

Pergaduhan dua jiran yang tular di media sosial, dikenali sebagai ‘makcik blower’ dan ‘makcik sapu’, akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Menerusi perkongsian di TikTok, suasana penuh emosi itu memperlihatkan kedua-dua pihak bermaafan dan berpelukan selepas beberapa hari menjadi tumpuan warganet.

Advertisement

Assalamualaikum, saya Abel (jiran kanan). Kata sepakat telah dicapai dalam majlis kedamaian antara kami bertiga.

Saya sendiri ingin memohon maaf sekiranya ada perselisihan faham atau kesilapan daripada pihak saya.

Abel turut mengakui kesilapannya dan menyifatkan kejadian itu sebagai pengajaran bermakna, lebih-lebih lagi bersempena musim perayaan Deepavali.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua.

Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa lega dan gembira melihat kedua-dua jiran itu akhirnya berdamai.

Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Alhamdulillah, blower, gayung dan getah paip akhirnya menyatukan kita.

Ha kan elok macam ni, tak perlu lagi nak main gayung dan blower tiap-tiap hari.

Terdahulu, tular rakaman CCTV memaparkan pergaduhan antara dua keluarga wanita yang bermula dengan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergelutan melibatkan anak-anak mereka.

Kini, insiden itu akhirnya berakhir dengan perdamaian dan keinsafan bersama, sekaligus menamatkan ‘drama kejiranan’ yang sempat mencuri perhatian seluruh negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Makcik blower dengan makcik gayong
2025-10-18 13:43:10

Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...