Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Kehidupan

Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh, Polis Sahkan Terima Laporan

Tular di media sosial video pergaduhan membabitkan lima wanita di Bukit Gambir, Johor, semalam  dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung antara objek yang digunakan dalam insiden tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar 7.39 pagi dan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tersebar luas di platform media sosial.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa polis telah mengenal pasti semua individu terlibat.

Mak cik blower

Hasil siasatan mendapati, insiden itu membabitkan lima wanita dengan kejadian berpunca daripada perselisihan antara jiran tetangga di taman perumahan terbabit.

Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan individu terbabit sudah pun dikenal pasti

Menurut Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam rusuhan bersenjata.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan semula video berkenaan bagi mengelak gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu pendaki gunung liang
2025-10-18 13:09:23

“Anak Mati Kami Reda, Tapi Kenapa Tinggal Dia?” – Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...