“Makcik Berkulit Putih, Tapi Orang Nampak Kulit Dia Hitam Kerana Minyak Dagu”

Trending

“Makcik Berkulit Putih, Tapi Orang Nampak Kulit Dia Hitam Kerana Minyak Dagu”

Minyak dagu ni, sekali kena ubat dia susah nak jumpa.

Aku tak ambil cerita luar, ni tentang makcik aku sendiri yang kena. Tak ada niat nak buka aib sesiapa cuma ambillah pengajaran dari apa yang aku nak sampaikan ni.

Advertisement

Sebelum tu, aku beritahu dulu, aku dengan keluarga makcik aku ni (sebenarnya dia makcik sabit. Pakcik aku yang betul-betul darah daging aku).

Kami dah dekat lima tahun tak jumpa. Selalu hubungi dia dalam WhatsApp saja. Jangan tanya aku kenapa dah lama tak jumpa.

Ada satu hari tu, pakcik aku WhatsApp abah, beritahu makcik aku sakit. Kata dia mula tu cuma sakit kaki. Tak boleh jalan.

Mulanya ingat sakit biasa. Jadi kami cuma tanya khabar melalui WhatsApp saja.

Tapi, bulan demi bulan makcik aku sakit tak sembuh-sembuh.

Bila dah sakit ni, pakcik aku bawak balik kampung. Waktu ni makcik aku memang dah tak daya nak jalan apa semua.

Bila dah ada dekat kampung, ada seorang akak saudara aku ni dia tengok muka makcik aku, hitam sangat. Kata dia macam muka orang tua.

Masa tu ada dua orang akak saudara aku, pakcik aku, dan makcik aku seorang lagi. Aku namakan akak saudara aku dua orang ni, Kak Wawa dengan Kak Enor (bukan nama betul).

Kak Wawa ni tanya Kak Enor, dia nampak muka makcik aku tu macam mana. Kak Enor cakap nampak gelap tapi tak segelap Kak Wawa nampak.

Tanya pakcik aku pula, pakcik aku cakap nampak biasa saja. Macam sebelum-sebelum ni.

Makcik aku ni kulit putih. Jadi bila Kak Wawa dengan Kak Enor nampak kulit dia berubah jadi gelap, hitam mereka terkejutlah. Kak Wawa pun beritahu pakcik aku rupa sebenar yang dia nampak dekat makcik aku tu.

Kemudian, tak lama tu pakcik aku bawak makcik aku ni pergi berubat dengan orang kampung tu juga. Saudara aku juga.

Aku namakan dia Tok Bidah (bukan nama betul).

Tok Bidah ni cakap makcik aku ni terkena minyak dagu. Tok Bidah ni usahakan juga buang minyak dagu tu.

Lepas itu dia ubatkan makcik aku. Kata dia, dalam badan makcik aku ni, ada roh orang tua yang menumpang.

Itu yang makcik aku jadi tak boleh jalan, lembik leher, lepas itu Kak Wawa dengan Kak Enor tengok muka dia macam orang tua. Tok Bidah ni tolong juga pulihkan makcik aku.

Dah nampak agak okay, pakcik aku bawak balik rumah dia. Tapi tak lama selepas itu balik kampung semula. Masih belum sembuh.

Waktu dekat kampung, makcik aku yang seorang lagi ni tolong urut makcik aku yang sakit ni.

Tiba-tiba nenek aku datang. Dialog ni dalam bahasa Kelantan.

Nenek: Namo gapo mu nih?

Makcik aku: Imah (bukan nama sebenar).

Nenek: Hoo comei sangat namo. bakpo muko mu hitei (lebih kurang macam ni lah).

Lepas itu makcik aku yang seorang lagi cakap masa ni nenek dah bukan macam nenek kami. Dia macam tak sedar.

Sebab, dalam badan nenek aku pun ada sesuatu. Cuma terkawal (mungkin).

Tapi bila dia jumpa lawan dia (yang menumpang badan makcik aku) dia jadi macam tak sedar dan dia seolah-olah bercakap seorang diri sedangkan hakikatnya kami tahu dia berinteraksi dengan makhluk yang kami tak nampak.

Nenek macam cuba halau benda tu pergi jauh dari makcik aku.

Selepas itu, dia diam kejap dan makcik aku seorang lagi suruh dia istighfar.

Lepas itu makcik aku tanya, “gapo dio sakni tu?” (Benda apa tadi tu?)

Lepas itu nenek aku jawab, tak tahulah. Masa dia halau benda-benda tu semua dia tak sedar.

Lepas itu hari yang sama lepas nenek aku halau benda tu, makcik aku sakit teruk.

Mulanya sesak nafas. Bawa ke hospital.

Doktor cakap apa entah, kemudian bertahan dengan mesin. Tapi tak lama.

Petang tu juga, makcik aku meninggal dunia.

Aku sedih, sebab anak arwah kecil-kecil lagi, sebab aku dah lama tak jumpa arwah kemudian bila jumpa itulah kali terakhir.

Aku sedih sebab wujud lagi manusia hati busuk sampai tahap tu.

Hari ni, genap seminggu satu hari arwah tinggalkan kami.

Doakan makcik aku tenang dekat sana.

Sumber: @puteryamira di Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...