Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci setelah selesai urusan kes pengesahan lafaz cerai antara mereka berdua di mahkamah, minggu lalu.
Namun pengalaman umrah yang dialami Shuhada tidak diterima baik oleh sesetengah netizen gara-gara dia ada melakukan ulasan produk yang ketika berada di tanah suci itu.
Kata netizen, Shuhada sepatutnya memberikan fokus dan menumpukan perhatian terhadap ibadah umrah dan bukannya melakukan perkara sedemikian.
Pada pendapat saya, cara Syu berjalan tu macam pergi melancong kat Venice. Mungkin lepas ni boleh cuba cara berjalan yang lebih sopan dan menginsafkan. Ala-ala muslimah sejati.
Namun begitu, ada yang berpendapat Shuhada hanya menjalankan amanah kerana ia adalah produk berbayar.
Seperti seorang individu bergelar pengasas produk ini, dia tampil mempertahankan ibu kepada dua anak itu dan meminta semua orang untuk berlapang dada dan berfikiran positif.
Paid review ya semua. Shu kena buat juga. Menyantuni amanah orang. Shu memang cakap tak nak buat ikutkan tapi amanah orang. Rilek.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.