Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta agar pelawak itu berhenti bermuka-muka dan menunggang agama untuk mengulas tentang konflik rumah tangga mereka.
Menerusi media sosial, mereka berdua masing-masing dilihat berbalas kenyataan dan terbaru, Fara telah menyelar kata-kata Shuk kepada pihak media baru-baru ini.
Fara menggelar suaminya sebagai seorang yang pengecut dan bermuka-muka kerana Shuk didakwa memutar belitkan kenyataannya.
Makanlah sumpah kau tu. Kau berani sumpah laknat biar pun benda tu kau buat. Aku kenal sangat laki aku luar dalam. Loser, pengecut, fake. Manusia bermuka-muka. Bulan puasa sepatutnya kena ikat, tapi terang-terang itulah diri kau.
Wanita yang berbadan dua itu juga mendakwa Shuk membiarkan sahaja apabila rakan-rakannya bercakap buruk tentang isterinya sendiri.
Bukan itu sahaja, Fara turut mendakwa suaminya sengaja menunggang agama semata-mata untuk menutup kesalahannya sendiri.
Hari tu kau guna akaun kawan kau burukkan aku tu apa? Kau biarkan kawan kau mengata aku macam macam sampai semua screenshoot whatsApp kita kau bagi kawan kau tu apa cerita?
Dalam pada itu, Fara berharap agar Shuk dapat memberikan kerjasama agar mereka dapat meyelesaikan urusan perceraian di mahkamah.