Makanan Zaman Kanak-Kanak 80an Dan 90an Yang Menggamit Memori

Hiburan

Makanan Zaman Kanak-Kanak 80an Dan 90an Yang Menggamit Memori

Teringat zaman kanak-kanak, boleh tersenyum sendiri. Zaman yang paling di rindui semua orang. Sebab? Zaman kanak-kanak tak perlu fikir masalah, tak perlu fikir hari ni nak makan apa, tak perlu fikir nak bayar bil air, bil api, dan sewa rumah.

Kalau nak cerita pasal perkara yang menggamit memori masa zaman kanak-kanak mesti la makanan. Makanan zaman kanak-kanak 80an dan 90an la paling best.

Advertisement

Jom! Kami nak kongsi 5 makanan zaman kanak-kanak 80an dan 90an yang menggamit memori. Kalau korang ingat, maknanya kita berada di zaman yang sama.

1. Coklat 8

image

Foto kredit : http://rumputsabor.blogspot.my/

Masih ingat? Tak nak beli coklat lain, nak juga beli coklat ni sebabnya ada banyak coklat dalam 1 papan nombor 8 ni. Coklat warna warni pulak tu.

Bila rasa nak makan, boleh koyakkan dan makan. Kalau nak simpan tak perlu cari bekas lain, boleh biarkan macam tu. Tak masuk semut.

Advertisement

2. Aiskrim Malaysia.

546534543

Ini memang syok. Aiskrim Malaysia murah yang amat dulu. 10 sen atau 20 sen je sebatang. Bermacam perisa. Perisa paling sedap perisa masam manis, jagung, jeruk mempelam. Pergh. Sambil jalan, sambil gigit aiskrim Malaysia.

Cara makan aiskrim Malaysia? Tak payah minta tolong makcik potongkan hujung plastik tu, kita gigit je. Kemudian sedut kuat-kuat sampai mengecut. Haha.

Tapi sekarang, ada yang jual RM1 sebatang oi! Sebab perisa sekarang, Nutella, Horlicks, perisa mahal-mahal semua.

image

Foto kredit : http://says.com

3. Bubble gum

Ingat lagi bubble gum ni? Bubble gum berperisa. Strawberry? Anggur? Orange? Heh. 1 kotak ada 3 biji bubble gum.

Beli 1 tak cukup beb. sebab sekali ngap 3 biji terus. Habis 1 kotak. Haha. Kena beli 3 4, simpan. Ala dulu murah je.

Advertisement

4. Coklat duit syiling

image

Foto kredit : http://butterkicap.com

Dalam banyak-banyak makanan, coklat duit syiling ni juga la yang nak dibeli. Padahal coklat biasa je. Cuma dia balut dengan pembalut bentuk duit syiling.

Ye la, beli coklat duit syiling ni nampak kaya sikit. Warna gold pula tu. Hehe. Padahal rasa biasa je. Heh

5. Aiskrim Roti

image

Foto kredit : http:// thetrendingnow.blogspot.com

Ini terbaik. Pakcik aiskrim akan datang pusing-pusing kawasan kampung jual aiskrim roti. Kalau pergi taman permainan mesti ada dan wajib beli. Kalau roti habis, beli yang aiskrim kon sahaja.

Masa kecil dulu, sanggup tau kejar pakcik ni semata nak beli aiskrim roti. Padahal nanti lalu juga depan rumah. Aduhai…

Nasib baik sekarang ada Aiskrim Sandwich dari Wall’s. Boleh dapatkan bila-bila masa saja dari kedai runcit, tak payahlah susah-susah nak kejar. Haaa, kan Aiskrim Sandwich pilihan yang lebih baik kot?

Yang tak tahu, sekarang Aiskrim Sandwich ada bermacam lukisan atas dia. Dengar kata, Wall’s keluarkan 30 rekaan emoji Limited Edition untuk Aiskrim Sandwich Wall’s yang baharu ni. Cuba tengok dekat kedai terdekat. Mesti ada.

image

Alang-alang beli tu, jangan lupa selfie sebab sekarang Wall’s ada buat peraduan untuk selfie bersama Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich yang Limited Edition tu! Mana tahu rezeki dapat jemputan eksklusif ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 dan turun ke karpet merah dengan artis Azira Shafinaz yang juga dikenali sebagai Azira DeFam.

Boleh ikut langkah-langkah ni.

image

Untuk peminat drama dan snek, inilah masa untuk anda menikmati kedua-duanya. Apa tunggu lagi?

Cepat hantar penyertaan #WallsSnekfie anda yang paling kreatif sebelum 6 Mei ini. 5 pemenang bertuah akan memenangi sepasang tiket jemputan eksklusif DFKL dan peluang seumur hidup berjalan di karpet merah bersama Azira Shafinaz!

Selfie dengan 30 emoji Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich yang menyeronokkan untuk dapatkan gambar yang sempurna dan jadi antara bintang bersinar di acara yang dinanti-nantikan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Wall’s Malaysia atau klik SINI

Good luck! Jumpa di DFKL!.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

15 Comments

  1. 80s

    April 5, 2018 at 1:40 pm

    deng dang datang lagi dengan….. permainan piring terbang…….
    Tora, main tikam, cikedis, mamak roti bawak motor, chewing gum yg ada tatoo (pakai air liur)… menggamit memori betul…

    • Anonymous

      April 5, 2018 at 1:49 pm

      ini kisah 80an zamn kanak2 ye..bkn dewasa atau remaja tahon 80, 90an

  2. Anonymous

    April 5, 2018 at 12:10 pm

    Tapi hanya zaman kanak2 yg lahir taon 80 dn 90an ke. Bukan remaja/dewasa tahun 80an atau 90an.

  3. aku

    April 5, 2018 at 12:06 pm

    yer nara mmg menggamit memori, pling best mkn mee dalam plastik

    • wekkkkkkk

      April 5, 2018 at 12:19 pm

      klau dulu mee tu ada 2 ekor udg terconget, skrg sayur pun haram x ada, plastik pun cas 2 kupng skrg.

  4. Jom Imbas-imbas kenangan dulu kala

    April 5, 2018 at 12:01 pm

    Rindu nya zaman dulu – dulu !!!!

    • Anonymous

      April 5, 2018 at 12:07 pm

      Apa kisah..ko citer nnti aku menyusur

  5. wekkkkkkk

    April 5, 2018 at 10:56 am

    semua rosakkan gigi..je

    • the onion dentist

      April 5, 2018 at 11:56 am

      ni mesti spesis malas gosok gigi…

Loading...