Makanan Yang Dijual Melalui Food Truck Di Malaysia “Overrated” Dan Terlalu Mahal

Trending

Makanan Yang Dijual Melalui Food Truck Di Malaysia “Overrated” Dan Terlalu Mahal

Di tempat orang, food truck menghidangkan makanan tempatan dan campuran paling menarik, rasa asli tetapi dengan harga paling murah.

Pastinya jauh lebih murah dari makanan di restoran ala carte dan fine dining, malah lebih murah dari makanan yang dijual di dalam brick and mortar.

Advertisement

Bayangkan, Mee Bandung di satu food truck dijual sehingga RM8 berbanding hanya RM5-RM6 di restoran biasa.

Kebab atau wraps dijual sehingga RM8-RM12, sedangkan makanan sama dijual serendah RM5 di kedai biasa atau bawah RM10 di francais makanan segera.

Spag mac and cheese di satu himpunan food truck tempatan pula dijual sehingga RM12-15, sedangkan hidangan sama boleh diperolehi dengan harga bawah RM10 di restoran biasa.

Begitu juga iced latte atau yang istimewa sedikit, iced blended mocha misalnya dijual di himpunan food truck yang sama dengan harga RM12 hingga RM15.

Sedangkan ia dijual lebih murah di Mcdonald’s McCafe. Takkanlah minuman sedemikian perlu dijual pada harga Starbucks?

Kemudiannya, di Malaysia, food truck berhimpun dan sentiasa berjualan di satu tempat khusus setiap kali beroperasi.

Tidak seperti di Eropah dan di Amerika, food truck yang sama akan berada di tempat-tempat berlainan.

Menjadi hype di kalangan masyarakat tempatan satu-satu tempat sebelum bergerak ke tempat lain, menjadikan lebih ramai dapat menikmati makanan yang sama.

Di Malaysia, perniagaan atas roda ini seakan tidak menepati tujuan asal food truck. Menyediakan makanan dan minuman yang selain on the go, dijual dengan harga yang murah untuk dinikmati.

Ramai antara mereka juga kekal tetap di satu-satu tempat semata-mata dan tidak menggunakan kelebihan mereka berkenderaan untuk berniaga di tempat-tempat lain setiap kali berniaga.

Tidak berkongsi kasih sayang yang mereka curahkan di dalam setiap menu makanan masing-masing dengan lebih ramai orang.

Di Malaysia, tak jumpa lagi food truck yang betul-betul memenuhi kriteria ini. Mungkin ada, tapi belum jumpa food truck yang benar-benar ideal sebagaimana sepatutnya food truck wujud.

Cuba tonton filem Chef. Itulah filem terbaik menggambarkan pride and passion seorang chef menceburi bidang food truck.

Berkongsi kegembiraan dan kasih sayang melalui masakannya yang dijual menerusi food truck. Idea filemnya sendiri unik dan menarik.

Sesuatu yang mengembalikan semula sentuhan indie Jon Favreau, ia digarap teliti demi menyelami budaya yang satu ini di Amerika.

Kredit : Khairul Ashraf Muhamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...