Kalaulah haiwan peliharaan boleh bercakap, mungkin ayat pertama yang keluar dari mulut mereka ialah:
“Nak tukar makanan, please!”
Sebagai pemilik haiwan atau ‘paw-parent’, rasanya kita semua pernah hadap situasi yang mana makanan yang dulu disukai oleh si bulus, tiba-tiba tak disentuh langsung. Baru beli stok seminggu terus kena tukar plan baru.
Kalau korang faham struggle ni, korang memang kena tahu pasal kempen terbaru dari Pet World Nutritions (PWN).
Only The Best for Your Furry Friends- Jaminan Wang Dikembalikan!
Kenapa PetWorld Berani Tawarkan Pulangan Wang 100%?
Mudah saja, sebab PetWorld yakin dengan kualiti produk mereka!
Untuk pengetahuan, PetWorld ni bukan nama baru dalam dunia makanan haiwan. Mereka adalah syarikat tempatan yang berpengetahuan luas dalam industri pemakanan haiwan peliharaan, dan merupakan pengeluar kepada jenama seperti ProDiet, ProBalance, Delizios, Le Gourmet dan SIMPLE.
Setiap produk dibangunkan dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan nutrisi sebenar si comel, sama ada kucing yang picky atau anjing aktif yang perlukan tenaga sepanjang hari.
Disebabkan keyakinan inilah, mereka berani melancarkan jaminan pulangan wang 100%, yang mana kalau haiwan kesayangan anda tak nak makan, anda boleh mohon refund.
Tak perlu proses rumit atau call yang memenatkan.
Beli Produk PetWorld & Berpeluang untuk Menang iPhone!
Sepanjang kempen dari sekarang sehingga 31 Ogos 2025, PWN turut menjalankan peraduan “Spend & Win”.
Korang hanya perlu berbelanja minimum RM20 dalam satu resit untuk mana-mana produk PetWorld dan anda berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik!
Hadiah Utama:
– 2x iPhone 16 (256GB)
– 5x AirPods 4 dengan fungsi Active Noise Cancelling
– 30x PIN Touch ‘n Go bernilai RM100
Hadiah Bulanan:
– Tefal X-Clean 4 Vacuum Cleaner
– Botol Stanley IceFlow
– Bundle makanan haiwan dari Pet World bernilai RM150
Macam Mana Nak Join Pertandingan Ni?
Langkah 1: Beli mana-mana produk ProDiet/ ProBalance/Delizios/ Le Gourmet/ SIMPLE/ CattyLuv/ DoggyJoy bernilai minimum RM20 dalam satu resit.
Langkah 2: Imbas kod QR pada poster atau terus ke laman: onlythebest-contest-petworld.myideascontest.com
Langkah 3: Muat naik resit dan isi maklumat yang diperlukan.
Settle! Anda terus layak untuk cabutan hadiah bulanan dan utama!
Anak Bulu Picky Eater? Cubalah Jenama PWN Hari Ini!
Bestnya bila ada pengeluar makanan haiwan yang betul-betul faham dan prihatin dengan masalah kita!
PetWorld tahu bahawa makanan haiwan bukan sekadar keperluan, tapi juga soal kepercayaan. Kalau si comel tak suka makanan yang kita beli, memang rasa rugi dan kecewa. Sebab tu, PetWorld tampil dengan pendekatan tanpa risiko.
Sama ada anda tengah nak cuba jenama baru, atau masih mencari makanan yang betul-betul buat si comel makan dengan selera, inilah masanya.
Tak perlu takut rugi sebab ada jaminan pulangan wang dan paling penting berpeluang menang hadiah best pula tu!
Maklumat lanjut mengenai PetWorld anda boleh KLIK SINI atau ikuti mereka di Instagram.