Makanan Istimewa Banduan Akhir Sebelum Dihukum Mati

Trending

Makanan Istimewa Banduan Akhir Sebelum Dihukum Mati

Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini, banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling disebut di Amerika Syarikat.

1. Victor Fueger
Makanan terakhir Victor Fueger hanya  sebiji buah zaitun yang diletakkan sedikit sos wain merah bersama pinggan serta sudu dan garfu.
Victor, dari Florida disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan. Dia dihukum gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

***

Bermacam-macam yang menarik menanti anda di Bazar Seni Industri Budaya, dari 2.00 petang hingga 12.00 malam, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka). Pelbagai produk budaya, aktiviti dan artis pun ada, jangan lupa hadir! Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya.


2. John Wayne Gacy

John Wayne Gacy memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi.
Sebelum disabitkan bersalah, John bekerja sebagai badut serta pernah menguruskan tiga buah restoran KFC. Dia didapati bersalah untuk tuduhan merogol dan 33 tuduhan membunuh. Dihukum mati melalui kaedah suntikan beracun pada tahun 1994.

 3. Timothy McVeigh
Timothy McVeigh pula tidak memesan makanan berat, sebaliknya hanya mahukan pencuci mulut. Dia meminta dua pain aiskrim perisa pudina dan cip coklat.
McVeigh,33, dari Illinois, telah penjarakan dan dihukum mati untuk 168 tuduhan membunuh. Dia telah meletupkan satu trak penuh bom di hadapan Alfred P. Murrah Federal Building di Oklahoma City pada tahun 1995. Dibunuh menggunakan suntikan beracun di penjara Terra Haute pada tahun 2001.

4. Allen Lee Davis

Allen Lee Davis pula memesan ekor udang kara, kentang goreng, udang goreng, enam auns kerang goreng, separuh buku roti bakar bawang putih dan 32 auns root beer.
Allen didapati bersalah untuk tiga tuduhan merompak dan  membunuh, serta dihukum mati dengan kaedah kerusi elektrik pada tahun 1999.

 5. Angel Nieves Diaz

Angel Nieves Diaz pula tidak mahu makan apa-apa sebelum dihukum mati. Dia dihukum penjara dan mati kerana menculik, membunuh dan rompakan bersenjata.
Dia menjalani hukuman mati dengan suntikan maut di Florida State Prison, Raiford pada tahun 2006.

6. Ted Bundy

Ted Bundy tidak memesan makanan istimewa, sebaliknya hanya mahukan ‘makanan tradisional’. Jadi pihak penjara menghidangkannya steak, telur, kentang hash browns, roti bakar beserta mentega dan jeli, susu dan jus oren.

Ted ialah seorang pembunuh bersiri dan didapati bersalah untuk 35 tuduhan membunuh termasuk rogol, nekrofilia, dan melepaskan diri dari penjara. Dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989. Kesemua mangsa Ted adalah perempuan.

7. Ronnie Lee Gardner

Ronnie Lee Gardner meminta ekor udang kara, steak, pai epal dan aiskrim vanilla, malah dia dibenarkan menonton trilogi Lord of the Rings di hari-hari terakhirnya.

Ronnie didapati bersalah untuk tuduhan memecah masuk, merompak dan bunuh. Dia menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh skuad penembak di Utah pada tahun 2010.

8. Ricky Ray Rector

Ricky Ray Rector pula mahukan ayam goreng, steak, kool-aid perisa ceri dan pai kacang pecan. Dia tidak menghabiskan pencuci mulutnya (pai), “simpan untuk selepas ini,” katanya.

Ricky berasal dari Arkansas, dihukum mati kerana membunuh dua orang dan menjalani hukuman suntikan maut.  Dia menyimpan pai kacangnya untuk ‘selepas ini’ kerana tidak memahami dia akan mati. Ricky mempunyai masalah otak dan dipercayai tidak berfikiran waras, tetapi tetap dihukum pada tahun 1992, dekat dengan tarikh pilihanraya.

Pada tahun 2002, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat meluluskan  larangan hukuman mati ke atas pesakit mental.

 9. Stephen Anderson

Stephen Anderson meminta dua sandwic keju panggang, satu pain keju, campuran lobak dan jagung, pai buah pic dan aiskrim cip coklat.

Dihukum mati dengan suntikan maut, Stephen disabitkan bersalah atas tuduhan rompakan, serangan dan tujuh tuduhan bunuh. Dia dihukum di San Quentin State Prison pada tahun 2002.

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...