Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap, Lelaki Ini Berjaya Dapatkan ‘Refund’ Selepas Tulis Reviu Di Google

Kehidupan

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap, Lelaki Ini Berjaya Dapatkan ‘Refund’ Selepas Tulis Reviu Di Google

Perkongsian seorang lelaki di Facebook mengundang perhatian selepas dia menceritakan bagaimana dia berjaya dapatkan semula duit yang dibelanjakan di sebuah restoran baru-baru ini.

Tulisnya pada 21 Februari lalu, dia telah pergi ke sebuah restoran tomyam di kawasan Danau Kota dan berkata makanan di sana tidak sedap serta mahal selain servis juga lambat.

Advertisement

Berikut adalah menu yang dipesannya:

menu makan di kedai tomyam

Enggan memanjangkan cerita dia kemudian terus bayar dan pulang kerana sudah waktu maghrib namun dia sempat bercakap dengan kuat tentang makanan yang tidak sedap.

Sebelum aku masuk kereta kat tempat parking, pemilik kedai tu pun berjalan menuju ke kereta dia. Dia parking sebelah kereta aku. Aku cakap kuat-kuat, ‘Makan tadi tak sedap, mahal’. Depa pandang aku, aku pandang depa.

Kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang tidak enak dan jumlahnya yang mahal, lelaki itu kemudian meninggalkan review di Google Maps.

Pemilik restoran kemudian membalas komen review itu dan lelaki tersebut berjaya mendapatkan semula jumlah yang dibayarnya.

Depa refund balik duit aku. Aku pun terus padam review aku kat Google Maps tu. Dua kali puas hati. Setel.

dapat refund makan tak sedap di kedai tomyam

dapat refund makan tak sedap di kedai tomyam

Difahamkan, lelaki itu telah pun memadam hantaran yang ditulisnya sebelum ini namun sewaktu tular di Facebook, ramai yang memberi komen terhadap perkongsiannya.

Rata-ratanya menyokong tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia boleh memberi pengajaran kepada peniaga kedai makan.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ceo kaki review
3 weeks ago

"Aku Tak Sebut Nama & Tak Sebut Bangsa.. Boleh Jujur Tapi Kalau Benda Tu Tak Sedap Jangan Cakap Dalam Video" - CEO Kaki Review

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...