Makanan Di Kantin Sekolah Tercemar, Jumpa Ulat sampah Dalam Lauk Ayam Pedas

Trending

Makanan Di Kantin Sekolah Tercemar, Jumpa Ulat sampah Dalam Lauk Ayam Pedas

Ulat-sampah-dalam-lauk-ayam-pedas-kantin-sekolah

Lagi kes keracunan makanan!

Advertisement

Kali ini membabitkan hampir 30 murid perempuan di sebuah sekolah kebangsaan di Kota Bharu yang mengadu sakit perut, loya, muntah dan cirit-birit selepas makan nasi ayam berlauk pedas.

“Ketika sedang makan saya dapat merasakan lauk masih sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti ais. Walaupun pada mulanya tidak merasa apa-apa, tetapi sedang saya makan ayam, saya ternampak ulat sampah dan terus berhenti makan isi ayam itu,” kata seorang murid tahun enam, Nurul Eimie Shafiqah Mohd Hoiri, 12 mengenang kejadian pada waktu rehat pukul 10.30 pagi semalam, memetik sumber FMT.

Kira-kira 29 murid yang memakan makanan nasi lauk ayam pedas mengalami simptom sama selepas mengakui melihat ulat sampah dalam isi ayam yang mereka makan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, makanan itu disediakan pengusaha kantin sejak jam 5 pagi dan hanya dihidangkan kepada murid pada waktu rehat sekitar jam 9.45 pagi sehingga jam 10.45 pagi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, makanan itu disediakan pengusaha kantin sejak jam 5 pagi dan hanya dihidangkan kepada murid pada waktu rehat sekitar jam 9.45 pagi sehingga jam 10.45 pagi.

“Dari siasatan dijalankan di klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh terhadap murid terlibat, hampir kesemua mereka yang dirawat mengalami simptom muntah, loya, sakit perut serta cirit-birit.

“Bagaimanapun, mereka dilaporkan stabil dan hanya mengalami gejala ringan serta dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan media, lapor Sinar Harian.

Ahmad Razin berkata, makanan ayam pedas itu disyaki dijangkiti bakteria makanan jenis Bacillus Cereus Gastroenteritis dan pihaknya masih menjalankan siasatan dan akan menunggu laporan selanjutnya.

Dalam perkembangan kes itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Jaafar Ismail turut mengadakan lawatan ke sekolah terbabit semalam.

Jaafar berkata, ekoran kejadian itu, kantin terbabit diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Kelantan selama 14 hari.

“Buat masa ini, dapur kantin disita dan pengusahanya tidak dibenarkan berniaga sehinggalah siasatan selesai.

“Buat sementara waktu, kita menyediakan bekalan makanan kepada murid-murid dengan bekalan makanan darurat dari SK Long Ghafar,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...