“Makan Sosej Terlalu Kerap Boleh Undang Kanser Merbahaya Termasuk Leukaemia” – Dr Zubaidi Hj Ahmad

Trending

“Makan Sosej Terlalu Kerap Boleh Undang Kanser Merbahaya Termasuk Leukaemia” – Dr Zubaidi Hj Ahmad

Dah tentu ramai penggemar sosej tak kira orang dewasa atau pun kanak-kanak, ini kerana ianya salah satu makanan ringan yang sedap.

Advertisement

Biasanya makanan ini juga dijadikan makanan sampingan ketika majlis keraian atau ketika minum petang bersama keluarga di rumah mahupun ketika berkelah.

Namun, terdapat sebuah artikel yang dikongsikan oleh  Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjadikan artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan. Menurut beliau, kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.

Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:

*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet

2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas

3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahem. .

5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung

Seeloknya cuba kurangkan dan elakkan pengambilan makanan seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.