Dah tentu ramai penggemar sosej tak kira orang dewasa atau pun kanak-kanak, ini kerana ianya salah satu makanan ringan yang sedap.
Biasanya makanan ini juga dijadikan makanan sampingan ketika majlis keraian atau ketika minum petang bersama keluarga di rumah mahupun ketika berkelah.
Namun, terdapat sebuah artikel yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjadikan artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan. Menurut beliau, kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.
Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.
Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.
1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:
*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet
2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas
3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.
4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahem. .
5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung
Seeloknya cuba kurangkan dan elakkan pengambilan makanan seperti ini.