Atlet e-sukan Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019 di Manila akan ditawarkan pizza selama 10 tahun menurut komentator Aaron Chan.
Menurut South China Morning Post, ia menunjukkan bahawa jenama memahami tren semasa demografi belia.
Pizza percuma untuk tempoh 10 tahun akan memotivasi para pemain ini dengan baik, tetapi saya tidak pasti jika para pemain ini akan makan pizza setiap hari.
Sukan SEA, dari November hingga Disember 2019, adalah acara terbesar pertama pelbagai sukan yang meletakkan e-sukan sebagai sukan secara rasmi. Pada Sukan Asian di Jakarta, e-sukan telah dimainkan secara demonstrasi dan setakat ini masih belum dimasukkan ke dalam jadual sukan tahun 2022 di Hangzhou.
Dalam beberapa tulisan di Facebook, Domino’s Pizza menawarkan hadiah itu kepada atlet yang menaiki podium bagi lima acara yang diumumkan.
Bagi pinggat gangsa, atlet akan menerima bekalan pizza percuma bagi tempoh dua tahun dan bagi pinggat perak, mereka akan menerimanya bagi tempoh lima tahun manakala bagi pinggat emas, mereka akan menerima pizza percuma ini bagi tempoh sepuluh tahun.
Kepada Atlet e-sukan, kami ingin memberitahu anda bahawa kami berada di sini untuk menyokong anda.
Bagaimana? Dengan memberi anda dan rakan sepasukan anda pizza percuma selama 10 tahun apabila anda menjadi juara di Sukan SEA 2019 yang akan datang!
Tunjukkan kepada dunia bahawa atlet Malaysia untuk e-sukan boleh melakukannya.
Selepas berita penguguman pizza percuma akan diberikan kepada pemenang, beberapa netizen di media sosial melontarkan pendapat peribadi mereka sendiri.
Seorang pengguna memberitahu, jika syarikat Domino’s berharap untuk menaraik lebih ramai pelanggan dan peminat e-sukan, ia seolah-olah hanya mahukan seorang pelanggan dari aspek itu sahaja.
Menurut Farah seorang pengguna media sosial, beliau bertanya bagaimana untuk memohon? Saya tidak tahu bagaimana untuk bermain permainan ini tetapi saya boleh cuba Tekken.
Seorang pengguna lain, Rayson Wong, melihat ahli-ahli e-sukan memakan pizza selama dua hingga 10 tahun sangat lucu.
Pemenang Emas akan menaikkan berat badan mereka dari 50kg hingga 150kg, pemenang Perak akan menaikkan berat badan dari 50kg hingga 120kg, manakala pemenang Bronze akan menaikkan berat badan dari 50kg hingga 100kg.
Wah, jika anda berjaya menjadi juara Sukan Sea 2019 dapat makan pizza percuma. Gemuklah asyik makan pizza je.