Makan Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein – Dr Amalina Tegur Guru Jual Suplemen Kepada Pelajar

Trending

Makan Pil Minda Tidak Jadikan Anda Einstein – Dr Amalina Tegur Guru Jual Suplemen Kepada Pelajar

Sekarang ini memang banyak pil yang dijual di pasaran yang kononnya boleh menguatkan minda dan menjadikan seseorang itu genius dan sekaligus meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran. Malah, penjualan suplemen ini turut juga berlaku dalam kalangan guru-guru di sekolah.

Advertisement

Isu ini mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang menganggap perbuatan guru-guru itu adalah tidak beretika dan cuba untuk memanipulasi pelajar. Dr Amalina juga meminta agar Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memandang serius perkara ini.

Menurutnya lagi, pil minda tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizik Albert Einstein. Kunci utama untuk seseorang itu berjaya dalam pelajaran adalah usaha yang keras serta mengamalkan diet yang seimbang. Ibu bapa juga seharusnya tidak terpedaya dengan iklan sertakeberkesanan produk tersebut.

Makan pil minda tidak boleh jadi genius seperti Einstein







Komen netizen yang bersetuju dengan kenyataan Dr Amalina





Apa yang dikatakan oleh Dr Amalina itu adalah benar. Kalau hendak berjaya haruslah rajin berusaha dan bukanlah hanya bergantung kepada suplemen pil minda yang tiada sebarang bukti saintifik ia mampu meningkatkan kecerdasan minda. Harapnya penjelasan ini dapat membuka mata ibu bapa diluar sana agar tidak mudah percaya dengan produk berkenaan.

Sumber Berita : Twitter Dr Amalina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...