Makan Nasi Kandar Boleh Sebabkan Ujian Air Kencing Positif Seperti Ambil Dadah – AADK

Trending

Makan Nasi Kandar Boleh Sebabkan Ujian Air Kencing Positif Seperti Ambil Dadah – AADK

Ramai rakyat Malaysia gemarkan nasi kandar. Keenakannya menyebabkan begitu banyak restoran nasi kandar beroperasi di seluruh Malaysia.

Ada yang sukakan khidmat mereka yang pantas. Pesan air atau makanan dengan sekejap saja dihidangkan pada pelanggan.

Advertisement

hameed-nasi-kandar

Tambahan pula kebanyakan restoran mamak terkenal ada khidmat wifi percuma serta tayangan bola sepak atau filem percuma menggunakan projektor. Memang laris.

Namun begitu, semalam Berita Harian menasihatkan mereka yang makan nasi kandar berhati-hati, kerana apabila diuji selepas makan nasi kandar, mereka boleh didapati positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.

Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.

Masakan mamak sememangnya terkenal dengan campuran rempahnya. Kata sesetengah orang, selepas makan nasi kandar mamak mereka rasa ketagih untuk makan lagi, rasa mengantuk dan ada juga yang mendakwa rasa lalok.

Apa pun bak kata orang, makan biar berpada dan jangan sampai memudaratkan, ya tak? Lepas ni makanlah restoran yang diyakini selamat saja.

Laporan asal: Berita Harian
Gambar: Migrationalogy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...