“Makan Mi Segera Setiap Hari” – Lelaki Akui Rasa ‘Kosong’ Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah & RM4 Juta

Gaya Hidup

“Makan Mi Segera Setiap Hari” – Lelaki Akui Rasa ‘Kosong’ Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah & RM4 Juta

Di sebalik segala kemewahan yang ditinggalkan oleh keluarga, ada satu kisah yang sangat menyentuh hati apabila seorang lelaki muda dari Malaysia kini berhadapan dengan dilema besar selepas kehilangan seluruh keluarganya, namun ditinggalkan dengan harta pusaka yang sangat besar.

Harta berjuta tapi hati kosong

Lelaki muda berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk tidak dikenali, mendedahkan di Facebook bahawa walaupun harta pusaka yang ditinggalkan melebihi RM4 juta, dia tetap rasa sepi dan terbeban dengan tanggungjawab yang perlu dipikul.

Advertisement

Dia kini memiliki 6 rumah teres dan lebih RM4 juta dalam akaun bank yang semuanya disimpin dalam bentuk simpanan tetap.

lelaki stress

Namun, di sebalik harta yang melimpah ruah, tiada kebahagiaan yang dapat menggantikan kehilangan keluarga yang sangat dirasai.

Tak dapat nikmati kehidupan

Saya makan makanan ringkas setiap hari, seperti mi segera atau nasi campur. Walaupun saya ada duit, saya rasa tak layak menikmati apa yang ada, tak berani nak pesan makanan luar. Saya selalu rasa kalau saya belanja lebih, saya akan buat mereka kecewa.

Dia menyatakan bahawa dia terlalu berhati-hati dengan duit tersebut, kerana ia terasa seperti “duit hidup” yang dimiliki oleh orang tuanya, yang mereka kumpul sepanjang hayat mereka.

lelaki stress

Tanpa sesiapa di sisi,dan dengan tiada keluarga untuk dikongsi kebahagiaan serta harta, dia merasa semakin terasing dan tersepit dalam kesepian.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, netizen kebanyakannya menasihati lelaki terbabit untuk mencari sesuatu yang membolehkan dirinya ‘bangun’ semula, sama ada sambung belajar, bercuti atau mulakan hidup baru dengan orang lain.

Polis Dedah Media Sosial Jadi Faktor Pelajar Terjebak Dalam Jenayah Seksual - "Membabitkan Hubungan Suka Sama Suka.."
20 hours ago

Polis Dedah Media Sosial Jadi Faktor Pelajar Terjebak Dalam Jenayah Seksual - "Membabitkan Hubungan Suka Sama Suka.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...