Makan Mee Pedas Dan Durian Sampai Muntah Teruk, Ara Johari Dikecam “Gila” Viral

Hiburan

Makan Mee Pedas Dan Durian Sampai Muntah Teruk, Ara Johari Dikecam “Gila” Viral

Sekarang ini, hampir setiap hari ada sahaja cabaran pelik-pelik yang trending, lebih-lebih lagi bab makanan. Semuanya demi meraih perhatian ataupun mencari ‘content’ agar popular di media sosial.

Advertisement

Terbaru, penyanyi Ara Johari pula dengan beraninya menyahut cabaran memakan mee segera pedas yang dicampurkan bersama buah durian. Boleh lihat betapa seksa jiwa raganya cuba menelan makanan tersebut sehingga tiba satu tahap, dimana Ara tidak dapat tahan lagi dan muntah teruk.

Aksi bahaya ini menerima kecaman netizen yang rata-rata berkata, Ara sepatutnya tidak berkongsi video tersebut kerana khuatir boleh mempengaruhi peminatnya melakukan perkara yang sama memandangkan dia seorang ‘public figure’.

Malah, kombinasi makanan pedas dan buah durian akan menimbulkan reaksi berbahaya dimana gas boleh bergejolak dalam perut selain meningkatkan suhu badan.

Video tersebut turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang menganggap cabaran itu kurang cerdik dan menasihati Ara untuk tidak buat “kerja gila” yang hanya mendatangkan kemudaratan.

Ada pula netizen yang mendakwa Ara dan rakan-rakannya sanggup melakukan perkara itu semata-mata untuk meraih publisiti dan menjadi viral tanpa memikirkan kesannya kepada diri ataupun masyarakat.

Harapnya cabaran ini janganlah menjadi ikutan ramai. Fikir dahulu risiko sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    July 29, 2019 at 9:05 pm

    Nak lagi.. nk lagi!!

  2. Anonymous

    July 29, 2019 at 8:31 pm

    Pompuan Melayu byk bodoh2!

  3. Anonymous

    July 29, 2019 at 7:45 pm

    Ni dah tahap bahlol.. mmg kene gelak ke ni?

  4. Anonymous

    July 29, 2019 at 7:44 pm

    Buat lagi.. buat lagi.. buat lagi!

  5. Anonymous

    July 29, 2019 at 6:58 pm

    yg ko bengap sahut cabaran siapa suruh…lepas tu komplen?

Loading...