July 29th, 2019

Sekarang ini, hampir setiap hari ada sahaja cabaran pelik-pelik yang trending, lebih-lebih lagi bab makanan. Semuanya demi meraih perhatian ataupun mencari ‘content’ agar popular di media sosial.

Terbaru, penyanyi Ara Johari pula dengan beraninya menyahut cabaran memakan mee segera pedas yang dicampurkan bersama buah durian. Boleh lihat betapa seksa jiwa raganya cuba menelan makanan tersebut sehingga tiba satu tahap, dimana Ara tidak dapat tahan lagi dan muntah teruk.

Advertisement

Aksi bahaya ini menerima kecaman netizen yang rata-rata berkata, Ara sepatutnya tidak berkongsi video tersebut kerana khuatir boleh mempengaruhi peminatnya melakukan perkara yang sama memandangkan dia seorang ‘public figure’.

View this post on Instagram

Ramai yang care , ramai yang tanya ara kenape masa buat challenge dengan @zarolzarif @amri_aziz @ecahdaud @cikidot_channel . If you guys nak tahu , boleh tunggu isnin malam okay 👌

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Advertisement

Malah, kombinasi makanan pedas dan buah durian akan menimbulkan reaksi berbahaya dimana gas boleh bergejolak dalam perut selain meningkatkan suhu badan.

Video tersebut turut mendapat perhatian pelakon popular, Nabila Huda yang menganggap cabaran itu kurang cerdik dan menasihati Ara untuk tidak buat “kerja gila” yang hanya mendatangkan kemudaratan.

Ada pula netizen yang mendakwa Ara dan rakan-rakannya sanggup melakukan perkara itu semata-mata untuk meraih publisiti dan menjadi viral tanpa memikirkan kesannya kepada diri ataupun masyarakat.

Harapnya cabaran ini janganlah menjadi ikutan ramai. Fikir dahulu risiko sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

24 responses to “Makan Mee Pedas Dan Durian Sampai Muntah Teruk, Ara Johari Dikecam “Gila” Viral”

  1. Hisham says:

    Peringatan juga untuk semua. Jangan buat perkara yang memudaratkan kesihatan kita.

    Nak honeymoon atau bercuti ke korea boleh roger ye.

  2. makbawang says:

    tak pernah suka ara muka jantan ni..nyanyi pun tak sedap,buat apa2 x berkenan aku tengok..helok lagi aku tengok janna nick tu..kiok pun takpe,,tak kisah mak…

  3. Bawang says:

    Anon, terkentot bawang baca komen. Eloknya kuah mee pedas tu letak racun rumput byk2 hahaha. Sure popular satu dunia sbb masuk news mati kejang hahaha.

  4. Gepp says:

    Yang mulakan mmg bodoh, tapi yg mengikut bertambah2 bodohnya

Loading...