Selalu kita lihat daripada golongan berada, majlis perkahwinan pasti akan dilakukan secara besar-besaran dan penuh meriah bagi menyambut hari bahagia yang hanya dilakukan sekali seumur hidup.
Seluas 1 juta kaki persegi!
Difahamkan daripada kisah yang dikongsikan oleh perancang acara perkahwina terkemuka dunia, Baz Events, projeknya di Hyderabad, India merupakan dewan perkahwinan terbesar di dalam dunia.
Baz Events berkata mereka tapak majlis perkahwinan yang dibina oleh mereka adalah seluas satu juta kaki persegi!
Tenaga kerja juga melibatkan daripada pelbagai kepakaran bagi menyiapkan projek tersebut dibina dengan sempurna buat pengantin.
Memakan masa 75 hari
Dalam salah satu video YouTube, Baz Events memberitahu venue perkahwinan ini disiapkan dalam masa 75 hari saja, dimana kemudahannya adalah seperti jalan raya, tempat parkir kereta serta dua kawasan yang diperuntuk untuk jamuan makan malam dan satu dewan utama.
Dapat dilihat dalam dewan dipenuhi dengan bunga-bunga berwarna ungu berserta lampu cahaya bagi menampakkan dewan tersebut kelihatan lebih megah.
Ada sungai buatan dalam dewan
Bukan itu saja, untuk memewahkan lagi tempat tersebut untuk pengantin, terdapat sungai buatan dikeliling dalam dewan perkahwinan itu.
Tetamu yang hadir pula akan disambut dengan lampu berwarna ungu untuk memberi pengalaman luar biasa dari awal hingga ke akhir majlis.