Susulan dakwaan satu gambar dari sebuah blog yang mengatakan resit yang kononnya restoran Me’nate Steak Hub menyediakan makan malam berharga RM19 ribu untuk Perdana Menteri, pemilik restoran berkenaan, Mustafa Othman tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu.
Menerusi facebooknya, Mustafa menyifatkan penyebaran gambar resit itu sebagai tindakan berbentuk provokasi dari pihak yang berkepentingan politik.
Menurut Mustafa, jelas tanda harga yang dipamerkan dalam gambar resit yang viral itu adalah hasil suntingan dan ia bukan satu standard harga yang digunakan oleh restoran berkenaan.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan logik disebalik kombinasi hidangan yang diletakkan di dalam resit berkenaan.
“Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain,” tulis Mustafa.
Selain itu juga, beliau juga turut menafikan chef yang tersebar dan viral di dalam gambar terbabit adalah chef dari restorannya.
“Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me’nate..
“Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.”,kata Mustapha.
Mustafa kini sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan viral terbabit.