Makan Durian Dalam KLIA Berhawa Dingin, “Abang Terlajak Laris” Dikecam Netizen

Trending

Makan Durian Dalam KLIA Berhawa Dingin, “Abang Terlajak Laris” Dikecam Netizen

aliff1Usahawan selebriti tempatan Datuk Aliff Syukri dikecam di media sosial selepas memuat naik gambar di Instagram dan Facebook menunjukkan beliau dan beberapa ahli keluarga makan durian sambil bersila di lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen: “Seblum terbang di Auckland swezeland..kami sekluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA….maklumlah kami orang kampung mmg stail begini.. Nasib baik x kena tegur dengan pengawai klia…Korang pernah mcm ni jugak ke??”

Advertisement

Netizen mengecam Aliff kerana dianggap tidak beradab dan tidak bertimbang rasa kerana makan durian di lantai lapangan terbang yang berhawa dingin.

Mereka juga mempersendakan Aliff menggunakan “Auckland, Swezeland” bukan New Zealand.

Seorang netizen Suria Lekatkekit menulis;

”Nasib baik jutawan yang makan durian.Kalau orang biasa ni kena halau dah gamaknya.

“Durian buah yang berbau kuat. Rasanya perlu hormati juga orang lain. Bukan semua orang suka durian dan boleh tahan bau durian. Setakat nasi, roti benda-benda yang tak berbau kuat ni ok la.

“Tak kira siapa pun kita, kita kena tahu apa yang sesuai dan tidak nak buat sesuatu di sesuatu tempat. Bukan semua tempat kita boleh buat ikut kepala kita je walaupun tak ada yang berani melarang,” tulisnya.

Muhammad Nadzmi Naim menulis tidak kira sama ada anda orang kampung atau tidak, anda masih perlu ada adab dan tindakan Aliff itu tidak menghormati orang lain.

“Oh Datuk, kat dalam tu penuh restaurants. Kenapa lah nak jugak makan bersila dekat lantai. Lantak lah orang kampung pun, manners kene ada. Dah lah makan durian dlm tempat ada A/C. Langsung tak hormat. Haish. bila pergi tempat2 camni, pandai2 lah. Ada bende boleh buat, ada bende takleh buat,” tulisnya.

Pengguna Facebook Kharol S Love N berkata:”Boleh ke makan durian dlm kawasan berhawa dingin? Mungkin tidak hormat orang lain? Sebab sesetengah orang tidak tahan bau durian.”

Dalam komennya Kharol berkata ada rakannya boleh pitam bila ada bau durian.

“Mereka yang kata tak ada benda macam tu memang tak pernah rasa ‘mabuk durian’.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...