Makan Bekal Di Dalam Dewan Rakyat, Syed Saddiq Dikecam Dan Didakwa ‘Lapar Perhatian’

Trending

Makan Bekal Di Dalam Dewan Rakyat, Syed Saddiq Dikecam Dan Didakwa ‘Lapar Perhatian’

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjamu selera ketika mengikuti persidangan dalam Dewan Rakyat menjadi pertikaian netizen di media sosial. Semasa mengikuti Sidang Dewan Rakyat semalam, beliau dilihat membawa masuk bekal makanan dan makan ketika di dalam dewan.

Gelagatnya itu dipertikaikan ramai di mana rata-ratanya menganggap ianya tidak wajar dan tidak menghormati institusi Dewan Rakyat. Ianya turut mendapat reaksi daripada Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Advertisement

“Jika lapar keluar lah dari dewan dan ambil sarapan di cafe parlimen. Jangan jadikan parlimen seperti kantin.”

syed saddiq

Gambar yang tular itu kemudian hangat dibincangkan di media sosial di mana ada yang menyokong Syed Saddiq dan mengatakan ianya tidak menjadi kesalahan untuk makan di dalam Dewan Rakyat. Ada juga yang memberitahu tidak tertulis di dalam peraturan di mana tidak dibenarkan untuk makan semasa bersidang.

Ini bukan kali pertama Syed Saddiq menjadi tumpuan semasa Dewan Rakyat bersidang kali ini. Sebelum ini, video dirinya menjadi ‘bahan’ ahli-ahli parlimen yang lain tular dikongsikan di media sosial. Rata-rata netizen tidak bersetuju melihat gelagat ahli parlimen yang lain mempersendakan ahli parlimen Muar ini.

Artikel berkaitan: Gelagat Ahli Parlimen Mempersendakan Syed Saddiq Menerima Kritikan Netizen 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...