Penyanyi dan juga personaliti TV, Adibah Noor dilihat berpenampilan baru apabila dia tampil kurus berbanding sebelumnya.
Dia juga ada berkongsikan foto terkininya itu di laman Instagram pada Rabu lalu dan sekaligus mencuri tumpuan netizen.
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu yang dihubungi mStar Online walau bagaimanapun enggan mendedahkan berat badannya sekarang dan hanya memaklumkan bahawa dia kini lebih menitik beratkan penjagaan kesihatan kerana faktor usia.
Adibah turut berkongsi tips menurunkan berat badan seperti makan dengan kuantiti yang sedikit dan melakukan senaman seperti berjalan-jalan sekitar kawasan rumah.
Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.
Selain itu, bekas peserta program realiti TV Gegar Vaganza ini juga tidak lagi mengambil makanan yang diproses dan di dalam tin.