Makam Pahlawan Tarik Perhatian Ramai Susulan Pemergian Tun Abdullah, Antara Fakta Dan Sejarahnya..

Kehidupan

Makam Pahlawan Tarik Perhatian Ramai Susulan Pemergian Tun Abdullah, Antara Fakta Dan Sejarahnya..

Pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mengundang perhatian ramai terhadap Makam Pahlawan — sebuah tempat perkuburan khas yang menempatkan tokoh-tokoh penting negara yang telah banyak berjasa semasa hayat mereka.

Makam Pahlawan terletak di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan mula dibina pada tahun 1963, sebelum siap sepenuhnya pada tahun 1965. Ia direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharuddin Kassim, serentak dengan pembangunan Masjid Negara itu sendiri.

Advertisement

makam pahlawan

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 85 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan selepas istiadat penghormatan dan solat jenazah di Masjid Negara.

Makam Pahlawan kini menjadi tumpuan apabila difahamkan hanya terdapat tujuh ruang persemadian utama di dalamnya, dengan hanya dua kekosongan yang masih tersedia. Ruang-ruang ini dikhaskan untuk tokoh negarawan terpilih yang masih hidup dan diiktiraf atas jasa luar biasa dalam membangunkan negara.

makam pahlawan

Bagaimanapun, tidak semua tokoh politik dan pemimpin negara dikebumikan di sini. Pemilihan lokasi persemadian juga mengambil kira wasiat peribadi dan permintaan ahli keluarga. Sebagai contoh, Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Kedah atas permintaan beliau sendiri.

Nama-nama tokoh terkemuka yang telah dikebumikan di Makam Pahlawan termasuk

1. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman – Timbalan Perdana Menteri ke-1 (1973)

2.Tun Abdul Razak Hussein – Perdana Menteri ke-2 (1976)

3.Tun Hussein Onn – Perdana Menteri ke-3 (1990)

4.Tun Abdul Ghafar Baba – Timbalan Perdana Menteri ke-6 (2006)

5. Tun Abdullah Ahmad Badawi – Perdana Menteri ke-5 (2025)

Sebagai tempat persemadian terakhir tokoh terulung negara, Makam Pahlawan kekal menjadi simbol penghargaan tertinggi negara kepada mereka yang mencurahkan sepenuh tenaga dan bakti demi tanah air tercinta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosmah tun hasmah berpeluk di majlis pengebumian tun abdullah
31 mins ago

"Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah.." - Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...