Pelakon veteran, Mak Wan Latah telah berkongsi keadaan terkini dirinya yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Memetik laporan OhBulan!, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud memaklumkan kesihatannya merosok sejak pulang dari mengerjakan umrah pada tahun lalu.
Sebenarnya saya menghidap pelbagai penyakit antaranya kolestrol, kencing manis, darah tinggi tapi sekarang ni sakit lutut dan semput makin teruk.
Nak berdiri, berjalan atau duduk terlalu lama tak boleh. Saya masih boleh lakukan ibadah tapi semuanya dalam keadaan duduk, tapi dapat berpuasa macam biasa.
Bergantung pada ubat
Menurut pelakon itu, ketika ini dia hanya bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan yang telah diberikan oleh pihak hospital berikutan tidak mampu untuk mengeluarkan kos perbelanjaan bagi rawatan pembedahan lutut.
Saya ada ke hospital dan diberikan ubat. Doktor kata saya ada masalah tisu lutut dan ia menjadi renggang.
Kalau saya nak buat pembedahan lutut memang mahal, boleh cecah kos puluhan ribu ringgit. Saya memang tak mampu jadi hanya bergantung dengan ubat.
@ustazebitlew Sayu ziarah Mak Wan. Hari itu bawa Mak Wan pergi umrah dengan saya wetime.. Mak Wan kata jika ada job apa-apa bagilah Mak Wan. Nak kumpul duit nak pergi Umrah lagi. Semoga Mak Wan cepat sihat kuat dan diberi ketabahan oleh Allah. #fyp #fypシ゚ #fypp ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Pelakon itu juga tidak menafikan dia menghadapi masalah dari segi perbelanjaan harian namun dia akui banyak berjimat.
Bohonglah kalau saya kata saya tiada masalah dari segi perbelanjaan harian, tapi saya kurang berbelanja dan banyak berjimat. Makan pun tak banyak, kadang-kadang sepinggan nasi pun belum tentu habis.
Tapi jika terdesak, saya ada duit cuma ada kesukaran bila perlu keluarkan kos perubatan kesihatan. Ubat pun ada yang mahal harganya.
Masih mampu bekerja
Dalam pada itu, pelakon itu memaklumkan bahawa dia masih lagi mampu untuk bekerja malah dia memberikan komitmen penuh sepanjang penggambaran meskipun berdepan kekangan dari segi fizikal.
Alhamdulillah, saya boleh selesaikan setiap babak walaupun ketika dalam bulan Ramadan, cuma saya perlu berehat dan tidur sekejap.
Semoga kawan-kawan dapat doakan saya sebab saya memang tak macam dulu. Dulu saya kuat tapi sekarang tidak sekuat itu lagi, cuma Allah bagi semangat untuk berlakon. Saya bersyukur sangat.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.