Seperti yang kita tahu, amalan syirik seperti sihir ini bukanlah satu perkara yang baru bagi kita. Sebelum ini pun kita dah banyak dengar kan mengenai kes yang berkaitan dengan amalan sihir ini.
Walaupun kita semua sedia maklum yang amalan sihir ini merupakan perkara yang diharamkan di sisi agama dan boleh memesongkan akidah tetapi jangan terkejut pula kerana masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat kita yang mengamalkan perbuatan terkutuk ini.
Anak-anak terpaksa tanggung derita atas perbuatan sihir mak sendiri
Kecoh di TikTok baru-baru ini, beberapa klip video yang memaparkan kejadian sekumpulan pengamal perubatan Islam sedang mengubati adik-beradik yang terkena sihir akibat perbuatan orang.
Klip video tersebut telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan sekaligus menjadi perbualan hangat warga media sosial. Yang membuatkan penonton sedih dan terkejut adalah apabila mengetahui rupa-rupanya dalang disebalik derita adik-beradik berkenaan adalah mak mereka sendiri.
Anak sulung meninggal dunia, dua beradik lagi masih menanggung derita
Rata-rata warganet meninggalkan komen negatif dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku kepada tiga beradik tersebut. Dikatakan ia berpunca daripada tindakan mak mereka yang mempunyai perselisihan faham dengan adik-beradiknya sendiri.
Maknya telah menuduh adik-beradiknya sendiri melakukan perbuatan sihir tersebut kepada anak-anaknya, sedangkan cerita sebenarnya adalah tiga beradik tersebut terkena sihir hasil perbuatan dirinya sendiri yang telah menyihir adik-beradiknya.
Disebabkan itu, ada orang lain pula yang bertindak melakukan sihir ke atasnya. Malangnya anak-anaknya pula yang terkena sihir tersebut dan bukan pada dirinya. Sihir yang telah dihantar itu adalah sihir pemisah untuk tujuh keturunan.
Maknanya, selagi si emak yang dikenali dengan nama Kak Gee itu mempunyai anak dan cucu-cicit yang lahir, selagi itu lah sihir itu melekat dengan keluarganya. Sampai macam itu sekali kan si penghantar sihir tersebut dengki dengan Kak Gee.
Sama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk keluarga Kak Gee ini dan semoga dia insaf dengan perbuatannya. Kalau korang ada tidak berpuas hati dengan orang lain, banyak sahaja lagi cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bincang elok-elok lah ya.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara