Pengarah terkenal, Syamsul Yusof ada berkongsi aktiviti harian bersama dua orang anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah ketika majlis hari sukan sekolah mereka.
Semestinya menjadi tumpuan, gelagat pengarah itu yang memberi sokongan penuh kepada Sumayyah yang sedang mengambil bahagian dalam acara sukan di sisi padang mencairkan hati peminta.
Sumayyah dilihat sempat melambaikan tangan kepada bapanya meskipun sedang sibuk mempersiapkan diri untuk bertanding.
Sementelah itu, Syamsul merangkul dan memeluk Syaikul dan Sumayyah setelah kedua-duanya memperoleh pingat.
Menjengah ke ruangan komen hantaran Syamsul yang dimuat naik semula di TikTok oleh seorang individu ini, ramai yang sebak melihat gelagat anak beranak yang mencuit hati.
Kata mereka, meskipun sudah bercerai, kebahagiaan anak-anak adalah lebih penting dan memuji kedua-dua selebriti ini yang sanggup mengenepikan ego masing-masing.
Ada juga yang berseloroh mengenai keberadaan isteri Syamsul, Ira Kaza yang tidak hadir memberikan semangat buat anak tirinya itu.
View this post on Instagram
Difahamkan, bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah tidak dapat menghadiri hari sukan sekolah anak mereka kerana baru sahaja menjalani rawatan lasik.
Terdahulu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah terlerai setelah Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengesahkan talak yang dilafazkan pengarah itu secara tertutup pada 14 Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.