“Mak Siapa Yang Nak Orang Bagi Kata-Kata Pedas Pada Anak Dia? Cukup-Cukuplah Komen Negatif..” – Anak Ina Naim

Hiburan

“Mak Siapa Yang Nak Orang Bagi Kata-Kata Pedas Pada Anak Dia? Cukup-Cukuplah Komen Negatif..” – Anak Ina Naim

Ibu tak henti-henti dikecam selepas memasuki program realiti, Talk To My Manager, anak kepada Ina Naim iaitu Hadie tampil memberi respon mengenai perkara tersebut.

Hadie bersuara pertahankan Ina Naim

Dapat dilihat melalui video potongan live di TikTok, Hadie atau nama lengkapnya, Ehmad Hadie Elhardie memohon maaf atas tindakan ibunya pada malam persembahan tersebut.

Advertisement

Saya minta maaf kerana tak menjaga ibu saya ketika itu, patutnya saya kena betul-betul ‘kunci’, ibu saya. Tindakan itu sebenarnya salah satu cara untuk dia elak menangis dan tenangkan diri dia.

Dalam pada itu, Hadie menegaskan ibunya bertindak sedemikian kerana tidak mahu dia terlalu terkesan dengan komen juri.

@only_inteam live Hadie pada malam tadi, memohon maaf dan menjelaskan segala tentang kejadian semasa di TTMM dan netizen yang tidak berpuas hati dengan ibunya iaitu Ina Naim #inanaim #hadiesuhaimi #TTMM #fyp #talktomymanager ♬ original sound – SOFFIYA🇵🇸✨

Mohon netizen berhenti mengecam, bimbang beri impak negatif

Anak mana yang nak biarkan mak dia kena kecam? Mak kita seorang sahaja, dialah wanita sejati, yang paling dipercayai dan syurga kita.

Susulan itu, anak sulung Ina Naim itu berharap agar orang ramai berhenti mengecam ibunya kerana bimbang akan memberi impak yang negatif.

Takut dia lemah semangat dan saya pun jadi tak tentu arah..saya dekat sini pun sebab ibu. Ada yang komen positif pada saya tetapi dalam masa yang sama dia burukan ibu pula. Rasanya saya akan makin semangat atau makin panas?

ina naim
2025-09-01 11:25:57

"Sarimah Sampai Perli Dia.." - Potong & Lawan Cakap Juri TTMM, Netizen Minta Ina Naim Kawal Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...