“Mak Saya Dah Dua Kali Kena!” – Pengawal Hospital Didakwa Sengaja Minta RM50 Sebagai Caj Parkir

Kehidupan

“Mak Saya Dah Dua Kali Kena!” – Pengawal Hospital Didakwa Sengaja Minta RM50 Sebagai Caj Parkir

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan yang didakwa sengaja mengenakan caj parkir berjumlah RM50 terhadap seorang warga emas.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, anak kepada warga emas itu tampil bersemuka dengan pengawal keselamatan terbabit untuk mendapatkan semula wang parkir yang dibayar sebelum ini.

Advertisement
pengawal keselamatan pau duit warga emas

gambar hiasan

Lebih mengejutkan, anak kepada warga emas itu mendedahkan ini merupakan kali ke-2 buat ibunya yang dikenakan caj yang sama.

Mak sudah kena semalam. Hari ini saya memang pergi cari sebab kali kedua dia minta lagi. Memang mudah buat duit, siap pulangkan balik duit sebab takut saya laporkan kepada pihak polis atas kesalahan pemerasan dan ugutan terhadap orang tua saya.

 

Hati-hati, sasarannya warga emas dan orang luar. Alasannya, parkir itu adalah untuk staf dan dikenakan bayaran RM50, jika tidak, kenderaan akan dikenakan ‘clamp’ (dikepit). Mak saya dah terkena, berderau darah.

@allyszackry_ Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang ♬ original sound – allyszulkeflee🕊️

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pengawal itu apatah lagi ia sudah jadi berulang kali.

Ramai juga yang meminta agar insiden ini dilaporkan kepada pihak berkuasa agar budaya sebegini dapat dihapuskan.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Salah Faham Pasal 'Parking', Warga Emas Ditolak Sampai Patah Tulang Belakang
1 month ago

Salah Faham Pasal 'Parking', Warga Emas Ditolak Sampai Patah Tulang Belakang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...