Memulakan karier sejak kecil, Puteri Balqis atau lebih mesra dikenali sebagai Aqish sering menjadi perhatian orang ramai. Jika dulu namanya sering mendapat pujian kerana lakonan, namun kini namanya ada dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’.
Dia kini dilihat sudah kembali semula aktif berlakon setelah sekian lama, tidak mengambil pusing komen-komen negatif diterima daripada netizen yang mengecam penampilan seksinya.
Bagaimanapun, pendedahan pelakon itu baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak dan tidak akan pernah menyangka gadis terbabit serta ibunya hidup dalam keadaan terseksa beberapa tahun sebelum ini.
Melalui saluran YouTube Brosgangs, Aqish telah membuka cerita mengenai perangai sebenar bapa kandungannya yang membuatkan dia menjadi dirinya sekarang ini.
Menurut Aqish sambil berlinangnya air mata, dia yang masih kecil ketika itu bersama ibu terpaksa hidup dengan ‘nafsu binatang’ bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.
Dia suruh saya tengok porn masa umur 5 tahun. Mak sakit, dia selamba masturbate dekat depan.
Dalam pada masa yang sama, pelakon itu sempat meminta maaf kepada ibu tercinta sebab tidak dapat menahan diri lagi daripada tidak bercerita mengenai hal ini kerana ‘penat’ melihat ibunya sering dicemuh ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang telah dilalui oleh ibu serta gadis terbabit dan dalam pada itu, warganet juga berharap agar orang ramai untuk tidak lagi menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada dua beranak itu selepas Aqish menceritakan hal sebenar ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
Anonymous
September 5, 2022 at 8:10 am
aku xnk komen psl aib ke tak.
aku just nk ckp, akis dh besar dan dh tahu baik buruk
malah sejak umur 5 thn lg akis dh tahu tgk porn tu salah. x bagus. x baik
so skrg akis dh besar, dh matang, akis rasa pakaian akis skrg melambangkan apa?
atau pakaian akis skrg pun salah bapak jugak?
as if akis yg dh bsr skrg ni x boleh pegi beli baju elok2, x boleh pakai elok2
bkn nk suruh pkai tdg ke apa… jd sensible and ada common sense
org kecam korg x elok bkn sbb ayah ko onani dpn mak ko
org kecam ko x elok sbb ko sndr portray mcm tu, dari segi tngkah laku, pakaian dan percakapan
aku x nampak apesal nk libatkan ayah dia dlm hal ni
ayah mmg dh loser, so ko skrg apa?
Kum
September 5, 2022 at 10:54 pm
Semoga anonymous yang komen kat 8.10am menerima nasib sama supaya lebih memahami…
Anonymous
September 6, 2022 at 4:42 pm
semoga doa Kum berbalik kpd diri sndr. aminnn…
tak perlu nk senasib utk memahami.
pilihan di tgn diri sndr
yg hafal 15 juzu al quran juga boleh tanggal baju di kelab komedi.
masihkan salah ibu bapa?
takde kaitan trauma seksual dgn cara hidup dia skrg
Anonymous
September 5, 2022 at 8:05 am
kembalilah ke jalan Allah. Iblis akan sentiasa menyesatkan kita jika kita leka dan lalai. Mengadu padaNya dan bukan bergantung pada manusia sahaja.
Mohamad
September 5, 2022 at 7:55 am
agak tidak wajar apa yg berlaku skrg, atau penampilan dia skrg kerana sejarah hitam dia Dan ibu nya dulu..jgn menghalal kan perbuatan mungkar atau dosa skrg kerana kisah lalu. Sepatutnya hidup jadi lebih baik, bukan jadi cemuhan masyarakat..bukan masyarakat nak menghukum, tpi selalu apa yg org sound tu ada kebaikan nya jugak.
Mariko
September 5, 2022 at 12:16 am
Melayu sibuk nk jage aib. Tu psl byk kes rogol n sumbang mahram dlm family, sanggup berdiam diri psl tanak malu. Yg jadik mangsa adlh anak2 jgak. Proud of her, tak ramai berani utk brckp hal ni. Supaya jntn2 tak gune kat luar sane takut sikit
Anonymous
September 4, 2022 at 10:39 pm
Aqish do the right things…benda ni org kena tau…baru boleh bantuan tiba…
Aib aib aib apa lancau…