Baru-baru ini media hiburan digemparkan dengan kenyataan daripada aktres Bella Astillah mengenai rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Hal tersebut telah mengundang pelbagai respon termasuklah daripada rakan-rakan artis yang turut bersimpati dan kecewa dengan perkara berkenaan.
Mak backup anak
Melalui Instagram story, pelakon Rita Rudaini memuat naik satu kenyataan yang menyindir seorang ibu yang mengajar dan menyokong anak membuat kesalahan dan apabila terbongkar, ibu juga yang menyebelahi anak tersebut. Meskipun tidak mengaitkan mana-mana nama, status itu seperti ditujukan kepada ibu Aliff Aziz yang menjadi tumpuan baru-baru ini.
Mak ajar anak buat jahat, mak sokong anak buat jahat, mak backup anak yang buat jahat. Bukan benda pelik pun.
‘Mak rosak’ memang dah ada sejak dulu kala.
View this post on Instagram
Keluarga toksik
Bukan itu sahaja, di story berikutnya, pelakon ini juga kelihatan membalas kepada video yang dikongsikan oleh portal hiburan yang memaparkan Bella sedang memberi kenyataan tentang suaminya itu. Rita berkata Bella tidak layak berada dalam sebuah keluarga yang toksik dan semua yang terjadi adalah petunjuk kepadanya.
Family toxic ni memang ada. Dah la Bella, awak tak layak berada dalam keluarga yang toxic.
Syukur Alhamdulillah, semua ini petunjuk dari Allah sebab Allah sayang awak.
Semalam, Bella telah mengakui hubungannya bersama pelakon baru yang tular itu adalah disengajakan bagi membuat suaminya cemburu. Tambahan pula, ibu kepada dua anak ini turut mendedahkan hal sebenar di sebalik kes curang Aliff termasuklah bersama Ruhainies.