“Mak Rehat Ya..” – Khai Bahar Sedang Bercuti Di Langkawi Semasa Ibu Meninggal, Naik Bot Untuk Pulang Ke Kampung

Trending

“Mak Rehat Ya..” – Khai Bahar Sedang Bercuti Di Langkawi Semasa Ibu Meninggal, Naik Bot Untuk Pulang Ke Kampung

Baru-baru ini penyanyi popular, Khai Bahar telah kehilangan ibu tersayang pada malam Selasa. Difahamkan penyanyi ini tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terkakhirnya.

Sedang bercuti di Langkawi

Menurut Khai, dia sedang berada di Pulau Langkawi bercuti ketika mendapat berita duka tentang kehilangan ibunya itu. Dengan bantuan rakannya, Khai akhirnya berjaya mendapatkan bot untuk pulang ke kampung halamannya di Kangar, Perlis.

Advertisement

Saya berada di Pulau Langkawi ketika dapat tahu ibu meninggal dunia. Alhamdullilah saya tiba di rumah sekitar pukul 2 pagi (Rabu).

khaiSumber : Instagram  

Tak mampu berkata apa-apa

Allahyaram ibu kepada penyanyi tersebut telah mengembuskan nafasnya buat terkakhir kali sekitar pukul 10.40 malam di rumahnya. Dia telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang.

Tiada apa yang saya boleh katakan sekarang, otak saya masih kosong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Berikut kata Khai yang tidak mampu memberi sebarang komen ketika ditanya sumber. Buat masa kini, dia sedang dalam proses menguruskan jenazah ibunya. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka selepas solat Zohor pada hari ini.

khai bahar
1 year ago

Badan Sado Khai Bahar Buat Ramai Lelaki 'Geram', Ini Respon Tuan Badan - "Tak Tahulah Apa Dorang Fikirkan, Maybe Dorang Rasa..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...