“Mak Pin Ke Ni?” – Wanita Tawar Rawatan Secara ‘Scan’, Siap Minta Bayaran ‘500 Coin’ Di TikTok

Kehidupan

“Mak Pin Ke Ni?” – Wanita Tawar Rawatan Secara ‘Scan’, Siap Minta Bayaran ‘500 Coin’ Di TikTok

Tular di laman Twitter, mengenai sebuah ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Salina Rahim yang mendedahkan kegiatan tidak masuk akal oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

Menerusi ciapan tersebut, Salina memutuskan untuk menularkan perkara tersebut kerana berang dengan wanita yang telah menipu ramai orang di laman TikTok dengan menawarkan rawatan secara ‘Scan’.

Advertisement

Malah, dia turut meminta orang ramai untuk melaporkan laman profil milik wanita itu dan memohon sekiranya ada pihak yang mempunyai cara lain untuk membawa isu ini ke tahap lebih serius.

Difahamkan, wanita itu turut meminta bayaran sebanyak ‘500 coin’ di laman TikTok untuk membuat tempahan sebelum melakukan rawatan secara ‘scan’ kepada pesakit.

Saya bukan scan sembarangan, tapi kita ada satu connection di mana bila kita scan, apa yang puan sakit saya boleh rasa, dengan izin Allah.

Sehingga kini, rakaman video ‘Live’ tersebut telah mengundang respon orang ramai dan meraih 54.4K tontonan, 2.0K ciap semula, dan 1.3K tanda suka di laman Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meminta semua pihak untuk sama-sama mengambil tindakan untuk melaporkan profil wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terhibur melihat kegiatan rawatan ghaib wanita itu dan menggelarnya sebagai isteri ‘Ayah Pin’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Rasa Macam Nak Muntah Dan Mual" - Bekas Pelajar SBP Dedah Pernah Dipaksa Rendam Tangan Dalam Air Darah Haid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...